Perjanjian baru 1

Perjanjian baru 1


   


Alkitab: Firman yang Diilhamkan Allah 

Orang Kristian melihat Alkitab berbeza dari buku-buku lain (termasuk buku-buku agama). Alkitab 

merupakan Firman Allah yang tertulis. Sumbernya ialah Allah Sendiri.  Allah Roh Kudus mengilhami 

Kitab-kitab Suci. Istilah yang digunakan di dalam 2 Timotius 3:16 ialah Dzdiilhami oleh Allah.dz Allah 

Pengenalan 

Pengenalan 1 

  

Dzmenghembuskandz firman-Nya kepada manusia yang dipilih-Nya sebagai alat-Nya sehingga mereka 

diilhami untuk menulis apa yang telah diberi kepada mereka.  

 

Kitab-kitab Suci tidak ditulis secara mekanikal ataupun ditentukan oleh arahan. Allah tidak akan 

sewenang-wenangnya mengambil alih fikiran dan tangan seorang pengarang untuk menulis. Ia 

juga bukan coretan seorang juru tulis  yang mana pengarangnya sekadar menyalin apa yang 

dikatakan oleh Allah. Sebaliknya, pengarang menulis dengan penuh hemat tetapi Tuhan telah    

menyediakan mereka dengan latar belakang, kebudayaan, pendidikan dan pengalaman supaya 

mereka boleh memilih dan menulis perkataan yang betul. Pengarang mungkin tidak menyedari 

bahawa tulisan mereka akan menjadi sebahagian daripada Kitab Suci. Akan tetapi mereka tahu  

bahawa apa yang mereka katakan berasal daripada Allah. Oleh itu, hasil tulisan mereka adalah 

benar dan tepat. 

 

Bagaimana Alkitab Disatukan 

Perjanjian Lama mengandungi 39 kitab (atau buku), dan Perjanjian Baru mempunyai 27. Alkitab 

bukannya satu buku. Tetapi ia adalah satu perpustakaan yang mengandungi 66 buku yang          

berbeza, semuanya dalam satu jilid!  


Sebelum Anda Bermula 

Bagi orang Kristian, perkara yang menakjubkan adalah bahawa Alkitab bukan sahaja menceritakan 

kepada pembaca tetapi juga mengundang mereka untuk menjadi  sebahagian daripadanya.        

Halaman berikut dalam buku ini memberikan ringkasan setiap kitab dalam Alkitab. Tujuan kami  

adalah untuk memperkenalkan pengajaran utama dan penerapan praktikal Alkitab dengan cara 

yang mudah dibaca dan diakses. 

 

Setiap garis besar mempunyai ciri-ciri berikut: 

• Latar belakang yang memberi gambaran keseluruhan, ringkasan dan konteks kitab 

• Garis besar mengenai struktur kitab 

• Tema utama yang menunjukkan beberapa penekanan penting dalam kitab tersebut 

• Kaitannya untuk hari ini: menunjukkan bagaimana mesej-mesej dalam kitab dapat diaplikasi-

kan dalam kehidupan kita sendiri. 

 

 



  Mata Wang dan Timbangan 

Mata Wang dan Timbangan 5 

Mata wang dan timbangan dalam Kitab Ibrani 

Gera (1/20 syekel) 

0.57 g 

10 gera = 1 beka 

  

Beka 

5.7 g 

2 beka = 1 syekel 

  

Pim 

7.8 g 

1 pim = 2/3 syekel 

Syekel (syiling) 

11.4 g 

50 syekel = 1 mina 

 

Mina 

570 g 

60 mina = 1 talenta 

 

Talenta 

34.2 kg 

Syekel 

(timbangan) 

Darik  

(Persia, emas) 

8.4 g 

Ezra 8:27 

Mata wang dan timbangan dalam Kitab Yunani Kristian 

Lepton (Yahudi,  

tembaga atau gangsa) 

1/2 kuadrans 

Lukas 21:2 

Kuadrans (Roma,  

tembaga atau gangsa) 

2 lepton 

Matius 5:26 

Upah 1 hari  

(12 jam) 

Upah 3 hari  

Upah 2 hari  

Upah 4 hari  

Asarion (Roma dan daerah 

Roma, tembaga atau gangsa) 

4 kuadrans 

Matius 10:29 

Denari (Roma, perak) 

64 kuadrans 

3.85 g 

= Upah 1 Hari (12 jam) 

Matius 20:10 

Drakma (Yunani, perak) 

3.4 g 

= Upah 1 Hari (12 jam) 

Lukas 15:8 

Didrakma (Yunani, perak) 

2 drakma 

6.8 g 

= Upah 2 Hari 

Matius 17:24 

Tetradrakma (Yunani, perak; 

juga dipanggil stater perak) 

4 drakma 

13.6 g 

= Upah 4 Hari 

Matius 17:27 

Paun (Roma) 

327 g 

Dz1 paun minyak wangidz 

Yohanes 12:3 

Talenta (= 60 mina) 

20.4 kg 

= kira-kira upah 20 tahun 

Matius 18:24; Wahyu 16:21 

Mina (= 100 drakma) 

340 g 

= kira-kira upah 100 hari 

Lukas 19:13 

  

Sukatan dan Ukuran 

Sukatan Cecair Sukatan Bahan Kering 

Kor (10 bath/60 hin) 

220 L 

Homer (1 kor/10 efa) 

220 L 

Bath (6 hin) 

22 L 

Hin (12 log) 

3.67 L 

Log (1/12 hin) 

0.31 L 

Efa (3 seah/ 

10 omer) 

22 L 

Seah (3 1/2 omer) 

7.33 L 

Omer (1 4/5  kab) 

2.2  L 

Kab  

1.22 L 

Kuart 

1.08 L 

  

Ukuran Jarak 

Fatom (Depa) 

1.8 m 

Hasta yang panjang 

(7 tapak tangan) 

51.8 cm 

Hasta (2 jengkal / 

6 tapak tangan) 

44.5 cm 

Hasta yang pendek 

38 cm 

1 stadium Roma 

1/8 batu Roma 

= 185 m 

H

a

st

 

Lebar jari 

(1/4 tapak tangan) 

1.85 cm 

Tapak tangan 

(4 lebar jari) 

7.4 cm 

Jengkal 

(3 tapak tangan) 

22.2 cm 

Kayu pengukur panjang 

(6 hasta yang panjang) 

3.11 m 

Kayu pengukur 

(6 hasta) 

2.67 m 

Sukatan dan Ukuran 7 

  

Latar Belakang Agama Dalam Perjanjian Baru 

G ereja orang Kristian bermula di Palestina dengan orang Yahudi sebagai jemaat pertamanya. Oleh itu, pengetahuan tentang agama Yahudi sangat penting untuk lebih memahami latar belakang 

agama dalam Perjanjian Baru. 

 

I.  Kitab Suci dan Tradisi 

 

A.  Perjanjian Lama 

Orang Yahudi menyebut Kitab Suci mereka sebagai Tanakh, iaitu akronim (perkataan yang 

berasal dari gabungan huruf awal beberapa perkataan) kepada tiga perkataan: Torah (Hukum), 

Neviim (Nabi-nabi) dan Ketuvim (Tulisan-tulisan). Ia merupakan tiga bahagian Perjanjian Lama 

yang digunakan pada zaman Yesus.  Kitab-kitab yang digunakan adalah sama dengan Parjanjian 

Lama Alkitab orang Kristian tetapi disusun secara berbeza. 

 

Bahagian pertama dan yang paling tua ialah Taurat atau Hukum.  Ia mengandungi lima buku awal 

dalam Alkitab (yang juga dipanggil Pentateuch) dan merupakan catatan tentang arahan dan 

perintah yang diberikan oleh TUHAN Allah kepada Israel untuk mengajar mereka cara hidup 

dalam komuniti umat Allah. Bahagian ini menjadi sumber utama kepercayaan dan adat orang 

Yahudi.  

 

Bahagian yang kedua ialah Neviim atau Nabi-nabi. Mereka dibahagikan kepada nabi yang terawal 

dan nabi yang kemudian. Nabi-nabi awal termasuk Yosua, Hakim-Hakim, Samuel dan Raja-Raja. Ia 

menjadi garis panduan sejarah dari permulaan penempatan di Kanaan sehingga ke pembuangan. 

Nabi-nabi yang kemudian termasuklah Yesaya, Yeremia, Yehezkiel dan dua belas buku kecil dari 

Hosea sehingga Maleakhi. Mereka meringkaskan ajaran dari semua nabi-nabi mereka kecuali 

buku Daniel yang dimasukkan ke dalam Tulisan-tulisan. 

 

Bahagian yang ketiga ialah Ketuvim atau Tulisan-tulisan. Bahagian ini mengandungi karya-karya 

hikmat dan berbentuk puitis seperti Mazmur, Amsal, Ayub, Pengkhutbah, Kidung Agung dan 

Ratapan. Kebanyakan buku-buku ini ditulis selepas nabi-nabi tersebut. Mereka juga memasukkan 

buku-buku seperti Rut, Ezra, Nehemiah, Ester, Daniel dan Tawarikh (buku terakhir dalam Tanakh). 

 

Taurat dan Nabi-nabi selalu dibaca di hadapan orang ramai sewaktu kebaktian pada zaman Yesus. 

Tulisan-tulisan tidak diguna dengan kerap walaupun ia adalah sebahagian daripada Kitab Suci. 

 

B.   Tradisi Pemimpin Agama 

 

Dari Hukum Bertulis kepada Hukum Lisan 

Walaupun Hukum Taurat menjadi sumber kepercayaan dan amalan orang Yahudi, masih terdapat 

beberapa perkara yang harus dijelaskan.  Contohnya, Taurat memerintahkan untuk bersuka ria 

semasa perayaan Pondok Daun dengan daun palma, willow, buah dan dahan berdaun. Orang 

Yahudi akan mempersoalkan apa jenis buah dan dahan berdaun yang dimaksudkan dan 

bagaimana mereka harus bersuka ria dengannya.  

 

Untuk menjawab persoalan yang timbul, satu badan penjelasan dan tradisi lisan yang berkaitan 

dengan  Hukum telah dihimpunkan. Tidak lama selepas itu, Hukum Lisan ini menjadi sesuatu yang 

harus dipatuhi  melebihi Hukum Bertulis. Ketika sejarah orang Israel berjalan, Hukum Lisan juga 

bertambah, seiring dengan sejarah bangsa tersebut.  Lelaki-lelaki yang mempunyai daya ingatan 

kuat mengabdikan diri untuk mempelajari, menghafal dan mengajar Hukum itu. 

 

Tradisi Lisan yang sangat banyak ini akhirnya ditulis dan disiapkan pada 200 M dan ia dikenali 

  

sebagai Mishnah. Mishnah menerangkan perkara-perkara yang selalunya timbul dalam buku 

Imamat, seperti persembahan korban, hukum tentang makanan, upacara penyucian, zina dan 

sebagainya. Ia menerangkan tradisi para pemimpin agama dan bagaimana hal agama ditangani. 

Ia menunjukkan dan menjelaskan banyak konteks agama dan budaya pada zaman Yesus. 

 

C.  Harapan Mesias 

Orang Yahudi menantikan Mesias yang akan datang. Ramai tokoh-tokoh yang bercirikan mesias 

dalam Perjanjian Lama telah mengakar dalam kepercayaan mereka: seorang nabi yang seperti 

Musa, Elia yang akan kembali; dan yang paling penting adalah Anak Daud, seorang raja dan     

perwira yang hebat, di mana misinya ialah untuk membawa kemenangan, damai sejahtera dan 

kemuliaan kepada Israel. Ini menyebabkan mereka menanti-nantikan mesias dalam pelbagai   

bentuk: nabi besar, imam besar dan keturunan diraja. Ada yang menjangkakan itu sebagai satu 

pemulihan rohani, terutamanya kemenangan ke atas Roma. 

 

Setiap kali nama ǮMesiasǯ (Kristus dalam bahasa Yunani) disebut, harapan untuk kemerdekaan 

politik tidak dapat dielakkan. Sebab itu Yesus berhati-hati apabila orang memanggil-Nya ǮKristusǯ. 

Dia datang kepada sekumpulan orang yang jika tidak bersetuju dengan yang apa yang diharap-

kan, sekurang-kurangnya mereka bersama-sama dengan penuh kesungguhan Ǯmenantikan Israel 

untuk diselamatkanǯ (Luk 2:25).  

 

Tetapi tidak seorang pun yang akan menjangkakan harapan itu datang dengan salib. Tiada yang 

pernah terfikir bahawa Mesias itu seorang yang ilahi dan juga manusia pada masa yang sama, 

yang harus menderita sengsara, mati dan bangkit dari maut untuk menyelamatkan mereka dari 

dosa. Mereka berfikir Allah akan menggunakan seorang manusia biasa untuk membebaskan 

mereka dari Roma atau Allah sendiri yang akan berbuat demikian dan kemudiannya memperke-

nalkan Mesias sebagai pemerintah-Nya.  

 

D.  Nazar Orang Nazir 

Nazir ialah orang Israel yang mengasingkan dirinya bagi Tuhan dan bernazar untuk menjauhkan 

diri dari beberapa perkara (dari 30 hari sehinggalah sepanjang hidup) untuk tujuan beberapa 

upacara yang istimewa. Seorang Nazir yang sedang bernazar tidak boleh: 

 

1. Meminum minuman keras 

2. Mencukur bulu atau rambut yang ada di badannya 

3. Menyentuh atau mendekati mayat 

 

Samson dan Samuel adalah Nazir seumur hidup yang terdapat dalam Alkitab. Tidak dapat 

dipastikan sama ada Yohanes Pembaptis adalah seorang Nazir seumur hidup kerana tidak ada 

rujukan tentang rambutnya.  

 

Terdapat dua lagi contoh Nazir (dari kenyataan tentang mereka mencukur kepala di kemudian 

hari) dalam Kisah Para Rasul: 

1. Paulus dikatakan telah mencukur rambutnya di Kengkrea kerana telah bernazar (18:18) 

2. Paulus menyertai empat orang lain di Yerusalem yang telah bernazar (21:24) 

 

 

 

 

 

 

Latar Belakang Agama Dalam Perjanjian Baru 9 

  

II.  Beberapa Institusi Penting Agama Yahudi 

 

A.   Bait Suci 

Ada tiga Bait Suci yang pernah berdiri megah di Yerusalem. Bait Suci pertama dibina oleh 

Salomo, kedua dibina oleh Zerubabel selepas pembuangan dan yang ketiga dibina oleh Herodes 

Agung. Bait Suci yang ringkas yang dibina oleh orang Yahudi di bawah pimpinan Zerubabel telah 

digantikan oleh sebuah struktur yang hebat yang telah dibina oleh Herodes Agung bermula 

pada 19 SM. Ia belum sempat disiapkan ketika Yesus ada di dunia. Struktur itu disempurnakan 

pada 64 M, enam tahun sebelum ia dimusnahkan oleh orang Roma. 

 

Ia merupakan sebuah struktur yang amat besar dan diperbuat daripada batu, marmar dan emas 

dan ia berjaya menarik perhatian pengikut-pengikut Yesus. Bait Suci itu terletak di tengah-

tengah kawasan yang mempunyai keluasan kira-kira 26 ekar. Orang bukan Yahudi boleh 

menjejakkan kaki di bahagian luar bangunan sahaja, tempat di mana Yesus mengusir para 

pedagang yang sedang menjual barang mereka di sana (Lukas 19:25-46). Terdapat tulisan dalam 

bahasa Yunani dan Latin yang memberi amaran kepada orang-orang bukan Yahudi tentang 

kesakitan maut, supaya mereka tidak memasuki ruang dalam Bait Suci kerana ia dikhaskan untuk 

orang Yahudi sahaja. Orang ramai juga berkumpul di kawasan ini untuk  mendengar ajaran yang 

diajarkan oleh pengajar-pengajar yang berani mempertahankan pengetahuannya. Mungkin 

Yesus telah mendengar guru-guru agama mengajar di tempat ini ketika Dia dijumpai oleh ibu 

bapa-Nya (Lukas 2:46) dan Dia kemudiannya mengajar di dalam Bait Suci.   

 

 

  

Latar Belakang Agama Dalam Perjanjian Baru 11 

Di luar Bait Suci ada sebuah mezbah yang didirikan untuk membakar korban, dan sebuah bejana 

yang penuh dengan air yang digunakan oleh para imam untuk membasuh. Di dalam ruangan 

pertama yang dipisahkan dengan sebuah kain yang berat terdapat: (i) sebuah kaki lilin emas 

bercabang tujuh yang membakar minyak zaitun dan dicampur dengan bahan-bahan lain (ii) 

sebuah meja yang mengandungi roti mewakili hadirat Allah (iii) satu mezbah kecil untuk 

membakar kemenyan.  

 

Satu lagi kain tebal memisahkan ruang yang paling dalam. Ruang ini dipanggil Tempat Maha 

Suci, di mana Imam Besar akan masuk setahun sekali tanpa ditemani oleh sesiapa pun pada Hari 

Pengampunan Dosa, untuk menebus dosa-dosa Israel. Tabut perjanjian yang merupakan satu-

satunya benda  terletak di dalam Tempat Maha Suci ketika zaman Perjanjian Lama, telah lama 

hilang ketika  zaman perang, huru-hara dan penawanan. 

 

(i)   Pelayanan Harian di Bait Suci 

Selain daripada korban peribadi, persembahan korban harian untuk bangsa juga 

dipersembahkan pada lewat pagi (jam ketiga) dan tengah hari (jam kesembilan).  Seekor 

kambing biri-biri akan dikorbankan, diikuti dengan doa, pembacaan hukum-hukum dan 

pembakaran kemenyan di atas mezbah di dalam ruang pertama (Tempat Suci).  Setelah 

kemenyan dibakar, imam yang menyempurnakan korban tersebut akan keluar dari ruang itu dan 

melafazkan berkat ke atas orang ramai yang berdoa di   tempat itu. Daging dan minuman dari 

persembahan korban harian akan diberikan dan upacara itu diakhiri dengan sekumpulan orang 

Lewi yang menyanyikan pujian, berhenti seketika apabila sangkakala dibunyikan dan orang 

ramai akan menyembah. 

 

Tugas para imam pada waktu tengah hari ialah mempersembahkan korban dari orang ramai, 

yang mempunyai pelbagai jumlah berdasarkan keadaan dan selalunya sangat ramai sewaktu 

perayaan. Pada hari Sabat, mereka akan mengadakan upacara pujian tambahan. 

 

Masa berdoa yang ditetapkan ialah: (i) pada jam ketiga, kira-kira pukul 9 pagi, selepas 

persembahan korban pada waktu pagi (ii) pada jam kesembilan, kira-kira pukul 3 petang, selepas 

persembahan korban petang (KPR 3:1) (iii) ketika matahari terbenam. 

 

Perayaan-perayaan dan hari-hari suci yang lain akan dirayakan dengan mengadakan upacara 

khusus di Bait Suci. Semua perkara ini dilakukan di bawah pengawasan tentera Roma di Kubu 

Antonia  yang menghadap tempat ibadah tersebut. 

 

ii)   Pelayan-Pelayan di Bait Suci 

a.  Orang-Orang Lewi 

• Menyebarkan ajaran moral dan agama di seluruh negara 

• Mengendalikan rekod orang ramai 

• Bertugas sebagai pengangkut barang, pengawal, penyanyi dan pemusik di Bait Suci 

• Membantu imam untuk menyembelih korban 

 

b.   Para Imam (keturunan Harun) 

• Mempersembahkan korban 

• Menjaga api di atas mezbah 

• Mematikan api pada kaki lilin emas 

• Imam Besar akan masuk ke Tempat Maha Suci sekali setahun pada Hari Pengampunan 

Dosa untuk menebus dosa bangsa itu 

  

c.   Kapten Pengawal 

• Mengawasi penjaga (imam) Bait Suci serta orang-orang Lewi yang bertugas. 

• Bertindak seperti pasukan polis untuk memastikan Bait Suci sentiasa teratur. 

• Orang kedua terpenting selepas Imam Besar 

 

B.   Perayaan-Perayaan 

Perayaan yang berkaitan dengan penyembahan di Bait Suci merupakan perayaan keagamaan 

dan hari yang suci bagi orang Yahudi. Ada yang diaturkan untuk mengikut perubahan musim, 

mengingatkan mereka tentang berkat TUHAN yang tidak pernah berakhir, serta memberikan 

mereka peluang untuk mengembalikan hasil yang mereka ada kepada TUHAN. Perayaan yang 

lain diadakan sempena memperingati peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Israel, peristiwa 

di mana TUHAN campur tangan dan membebaskan umat-Nya dengan penuh keajaiban.  

 

Perayaan-perayaan tersebut tidak  dirayakan semata-mata sebagai kewajipan atau upacara 

kosong. Tujuan perayaan ini lebih rohani. Allah akan menemui umat-Nya dengan penuh 

kemuliaan pada waktu tersebut.  

 

Ada tiga perayaan penting di mana semua kaum lelaki Yahudi yang sihat tubuh badan serta 

bersih wajib untuk menghadirkan diri. Ia dikenali sebagai perayaan ziarah  dan dirayakan di 

Yerusalem. 

 

1.   Perayaan Paska dan Perayaan Roti Tidak Beragi 

Paska merupakan perayaan tahunan yang pertama, dan ia merupakan perayaan yang paling 

penting dalam sejarah dan agama orang Yahusi. Ia dirayakan pada hari ke-14 bulan pertama 

(Nisan) menurut kalendar agama dan ia memperingati pembebasan orang-orang Yahudi 

dari Mesir dan juga penetapan Israel sebagai satu bangsa melalui penebusan TUHAN.  

 

Perayaan Roti Tidak Beragi bermula sehari selepas Paska dan berterusan selama tujuh hari. 

Di zaman Yesus, kedua-dua nama perayaan ini telah digunakan berselang-seli untuk merujuk 

kepada satu perayaan tersebut.   

 

2.    Perayaan Menuai / Hasil Pertama 

Perayaan ini kemudiannya dikenali sebagai Pentakosta (bermaksud kelima puluh) dan 

dirayakan 50 hari selepas Paska bermula.  Pada mulanya, ia merayakan hasil tanaman iaitu 

semasa buah pertama dipersembahkan kepada TUHAN. 

 

3.    Perayaan Pondok Daun 

Perayaan ini bermula lima hari selepas Hari Pengampunan Dosa (untuk  menebus dosa 

bangsa Israel) dan berlangsung selama tujuh hari. Ia merupakan perayaan musim luruh 

apabila semua buah-buahan telah dipetik. Orang ramai akan tinggal di dalam khemah yang 

dibuat daripada dahan pokok. Perayaan ini diraikan untuk mengucap syukur terhadap hasil 

tanaman dan juga memperingati hidup mereka ketika berada di padang gurun. 

 

Perayaan yang lain adalah Hari Sabat, Perayaan Tahun Baru (trumpet), Hari Pengampunan 

Dosa, Perayaan Pentahbisan Bait Suci, dan Perayaan Purim.  

 

C.   Rumah Ibadat (Synagogue) 

Hanya terdapat satu Bait Suci tetapi setiap komuniti mempunyai rumah ibadat masing-masing. 

Hal ini dipercayai telah bermula sejak raja Babilonia, Nebukadnezar memusnahkan Bait Suci yang 

pertama yang dibina oleh Salomo. Raja Nebukadnezar juga telah membuang kebanyakan orang 

Yahudi dari Yudea. Orang Yahudi biasanya menubuhkan satu pusat ibadah tempatan yang 

12 

  

Latar Belakang Agama Dalam Perjanjian Baru 13 

dipanggil sebagai rumah ibadat (Ǯpersekutuanǯ) setiap kali terdapat sepuluh orang Yahudi. 

Setelah ia disahkan sebagai satu institusi, rumah ibadat ini diteruskan dan bertambah banyak 

walaupun setelah Bait Suci dibina semula oleh Zerubabel.  

 

Di rumah ibadat, tidak ada sebarang upacara korban yang dilakukan. Ia merupakan pusat 

pembelajaran Hukum Taurat dan penyembahan bagi orang tempatan. Pada hari Sabat, 

masyarakat di tempat itu berkumpul di rumah ibadat, lelaki dan wanita duduk berasingan, untuk 

mendengar penjelasan firman di bahagian tertentu dari naskah yang mengandungi tulisan 

Hukum Taurat dan Nabi-nabi, dan untuk berdoa bersama-sama. Sesuatu yang sangat sederhana, 

rumah ibadat yang biasa merupakan ruang yang berbentuk empat segi, mempunyai pentas kecil 

untuk pembaca firman di belakang peti yang mengandungi naskah Perjanjian Lama. Orang yang 

datang akan duduk di atas kerusi batu yang dibina selari dengan dinding rumah ibadat tersebut, 

dan juga di atas tikar dan kerusi yang diletakkan di tengah-tengah ruangan itu. Duduk 

berhadapan dengan orang ramai adalah ketua rumah ibadat serta pemimpin-pemimpin agama.  

 

Pembaca akan berdiri untuk membaca firman dari naskah Perjanjian Lama. Untuk berkhutbah, 

dia akan duduk. Semua orang akan berdiri ketika berdoa. Orang yang berkuasa akan mengetuai 

pertemuan itu, memperkenalkan orang baru, memilih beberapa orang untuk membaca Firman 

Allah dan berkhutbah. Pelawat yang layak akan dijemput untuk berkhutbah, satu kebiasaan 

yang memberi banyak kesempatan kepada Yesus dan Paulus untuk memberitakan injil di rumah 

ibadat.  

 

Rumah ibadat bukan sekadar pusat penyembahan pada hari Sabat. Pada hari-hari biasa, ia akan 

berfungsi sebagai pusat komuniti, pusat kerajaan tempatan dan tempat pembelajaran bagi 

kanak-kanak Yahudi serta tempat Perjanjian Lama diajar. Pengajaran itu sedikit sebanyak 

mengabaikan kepentingan persembahan korban di Bait Suci. Akibatnya, para guru agama 

menjadi lebih penting daripada para imam. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

                               

 

D.   Majlis Agama (Sanhedrin) 

Ia merupakan sidang yang paling tinggi di Yerusalem. Mereka memegang kuasa politik dan juga 

keagamaan. Ia terdiri daripada orang-orang yang memegang jawatan tertinggi di kalangan 

masyarakat, dari kelas imam ataupun orang biasa.  

 

Pemerintah Roma mengizinkan orang Yahudi untuk mengendalikan kebanyakan hal-hal 

tempatan dan keagamaan. Oleh itu, banyak sidang tempatan yang ditubuhkan. Majlis Agama, 

sidang Yahudi yang tertinggi berada di atas sidang-sidang tersebut. Mereka akan bertemu setiap 

hari kecuali pada hari Sabat dan hari suci yang lain di Yerusalem. Semasa pemerintahan Roma, 

pemerintahan kerajaan  dalaman Palestina berada di tangan mereka. Selepas kematian Herodes 

Synagogue Maghain Aboth di Singapore.  Pandangan ruang dalam Synagogue Maghain Aboth. 

  

Agung, kuasa mereka dihadkan kepada Yudea sahaja. Sebab itulah kemungkinan mengapa 

mereka tidak boleh menghukum Yesus memandangkan Yesus berasal dari Galilea. Walau 

bagaimanapun, Majlis Agama mempunyai kuasa mutlak dalam hal undang-undang Yahudi. Di 

zaman Yesus, mereka boleh mencadangkan hukuman mati tetapi mereka tidak berkuasa untuk 

melaksanakannya. Itulah sebabnya mengapa Yesus dipaksa untuk membela diri bukan sahaja di 

hadapan Majlis Agama, tetapi juga di hadapan Pilatus, seorang gabenor Roma. 

 

Terdapat 70 ahli Majlis Agama (tidak termasuk imam besar). Mereka berasal dari tiga golongan 

masyarakat Yahudi: ketua-ketua imam, pemimpin agama dan guru-guru Taurat. Para Ǯketua 

imamǯ adalah mereka yang dari golongan imam besar, mereka yang pernah menjadi imam besar 

dan ahli keluarga istimewa iaitu keluarga kepada mereka yang pernah menjadi imam besar. 

Pemerintah golongan imam terdiri daripada ketua-ketua masyarakat dan menjadi ahli imam 

dalam sidang Majlis Agama.  Imam besar akan mengetuai Majlis Agama. 

 

Guru-guru Taurat atau penulis kebanyakannya dari golongan Farisi. Walau pun begitu, tidak 

semua orang Farisi merupakan penulis yang profesional. Pemimpin agama berasal dari keluarga 

berpengaruh di Yerusalem, kebanyakannya ketua bagi suku-suku dan kerabat. Hampir semua 

dari mereka adalah orang Saduki, seperti ketua imam.  

 

 

III.   Mahzab dan Aliran Dalam Agama Yahudi 

 

1.   Orang Farisi 

Nama ǮFarisiǯ bermaksud Ǯyang diasingkanǯ. Mereka merupakan sebuah mahzab atau aliran 

agama yang tumbuh keluar dari Hasidim semasa abad kedua SM. Orang-orang Hasidim (Ǯumat 

Allah yang setiaǯ) adalah sekumpulan orang Yahudi alim yang dengan teguh mengekalkan Taurat 

daripada dipengaruhi oleh Hellenisme atau kebudayaan dan pemikiran Yunani. Mereka 

merupakan  ketua-ketua agama Yahudi dan bukan satu parti politik seperti Saduki. Kebanyakan 

daripada mereka berasal dari golongan kelas menengah.  Orang Farisi merupakan di antara 

mahzab agama Yahudi yang paling besar.   Walau bagaimanapun, jumlah mereka menjadi 6,000 

orang sahaja semasa pemerintahan Herodes Agung dan mereka ada di setiap tempat di 

Palestina.  

 

Ramai orang Farisi yang menjadi pengajar di rumah ibadat, menjadi contoh agama kepada orang 

ramai dan menganggap diri mereka sebagai penjaga Taurat. Mereka sangat mementingkan 

keaslian Taurat dan tradisi-tradisinya. Mereka menganggap tafsiran-tafsiran dan  hukum-hakam 

yang diwarisi sejak  turun-temurun mempunyai kepentingan yang sama dengan Kitab Suci. 

Mereka berikrar untuk mematuhi semua tradisi dan Hukum secara terperinci dan oleh itu 

mementingkan kesucian setiap upacara. Kesannya, mereka menjauhkan diri dari orang biasa. 

Mereka tidak boleh makan bersama dengan orang bukan Farisi kerana takut makanan tersebut 

mungkin belum dipersepuluhkan, iaitu sepersepuluh harus dipersembahkan kepada TUHAN.  

Mereka menjadi satu kelompok yang teratur, sangat setia kepada sesama mereka dan 

masyarakat, tetapi terasing dari satu sama lain. 

 

Ini menyebabkan mereka mempunyai sikap Dzlebih suci daripada kamudz sehingga menyebabkan 

mereka memandang rendah terhadap orang yang tidak hidup menurut Hukum seperti mereka. 

Kesombongan mereka yang digabungkan dengan ketegasan dalam hal hukum  yang lebih 

mementingkan peraturan daripada rahmat dan kasih menyebabkan mereka selalu berselisih 

dengan Yesus. Yesus tidak mengecam tindakan mereka yang cuba untuk mengikut Hukum 

tersebut, sebaliknya Dia menegur mereka kerana keangkuhan dan perilaku mereka yang tidak 

menunjukkan kasih dalam melaksanankan Hukum mereka. Walaupun begitu, golongan Farisi 

14 

  

Latar Belakang Agama Dalam Perjanjian Baru 15 

tetap dipandang tinggi oleh orang biasa Yahudi dan menjadi model kealiman dan pengabdian. 

Adalah penting untuk dinyatakan di sini bahawa tidak semua orang Farisi bersikap sedemikian. 

Ramai Farisi seperti Paulus, Nikodemus (Yohanes 3:1) dan Gamaliel (KPR 5:34) yang setia dan 

ikhlas dalam melakukan Hukum tersebut.  

 

2.   Orang Saduki 

Sama seperti orang Farisi, orang Saduki juga merupakan sekumpulan orang Yahudi pada masa 

Yesus, walaupun pengaruh mereka pada masa itu semakin berkurangan. Kebanyakan mereka 

terdiri daripada orang atasan dan orang kaya yang memiliki tanah, yang telah mendapat 

kedudukan dominan dalam masyarakat mereka. Walaupun jumlah mereka lebih sedikit 

berbanding orang Farisi, mereka mempunyai kuasa yang lebih besar dari segi politik dan mereka 

mengawal para imam. Ramai ketua imam adalah Saduki atau mempunyai kerjasama yang rapat 

dengan mereka.  Mereka masih menguasai separuh dari sidang Majlis Agama pada zaman Yesus. 

Orang Farisi memperolehi kuasa mereka dari pendidikan agama mereka manakala orang Saduki 

mendapatnya melalui kedudukan. 

 

Mereka tidak sealim Farisi. Tidak seperti Farisi, mereka hanya mengambil kira lima buku pertama 

dalam Perjanjian Lama, iaitu Hukum Taurat atau Torah. Mereka menolak sebarang pewahyuan 

selain dari lima buah buku Musa. Oleh itu, mereka tidak menerima Hukum Lisan dari rabbi yang 

bukan dari golongan imam, dan menolak kepercayaan yang baru seperti keabadian jiwa, 

kebangkitan, malaikat dan iblis.  Meskipun sangat tegas, orang Farisi tetap bersifat progresif 

dalam mengaplikasikan Hukum menurut  perubahan keadaan semasa. Tetapi orang Saduki pula 

mahu mengekalkan apa yang ada.  Mereka tidak akan berganjak dari Taurat kerana mereka tidak 

mahu kehilangan kedudukan kuasa dan kekayaan mereka.  

 

Mereka kurang mendapat sokongan kerana mereka adalah golongan aristokratik kecil. Apabila 

Bait Suci yang menjadi pusat kuasa imam-imam dimusnahkan oleh orang Roma pada 70M,  

orang-orang Saduki mula berpecah dan berkurangan. Sebaliknya, orang Farisi terselamat dari 

kejadian yang menimpa orang Saduki dan menjadi asas kepada agama Yahudi pada abad-abad 

yang seterusnya.  

 

               Orang Farisi dan Orang Saduki                                                          Orang Farisi dalam Filem  DzYesusdz 

 

3.   Para Penulis/ Penyalin 

Para penulis atau guru-guru Taurat bukan dari mana-mana mahzab agama atau parti politik, 

tetapi adalah golongan profesional. ǮHakimǯ, Ǯorang bijakǯ dan Ǯguru Tauratǯ adalah istilah yang 

biasa digunakan dalam Perjanjian Baru bagi golongan mereka ini. Istilah Ǯrabbiǯ merupakan 

  

istilah kehormat bagi seorang guru Taurat. Bermula dari Ezra, para penulis mentafsir dan 

mengajar Hukum Perjanjian Lama dan membuat keputusan sah bagi kes-kes yang dibawa 

kepada mereka.  

 

Mereka mengkaji, mentafsir dan mengajar Taurat secara lisan dan bertulis. Mereka berperanan 

mentafsir Taurat dan penerapannya dalam kehidupan seharian. Murid-murid (ǯpelajarǯ) golongan 

penulis ini mengikut di belakang mereka di mana sahaja guru mereka pergi dan belajar melalui 

pemerhatian dan menghafal setiap perkara dalam Perjanjian Lama dan tradisi guru Taurat. 

 

Pada zaman Yesus, kebanyakan dari golongan penulis mungkin terdiri daripada orang Farisi, 

meskipun tidak semua orang Farisi mempunyai pengetahuan agama yang diperlukan oleh 

seorang penulis. Pekerjaan para penulis ini tidak dibayar dan mereka bergantung kepada 

perniagaan mereka untuk menyara kehidupan. Contohnya, Paulus telah dilatih dalam hal-hal 

Taurat, tetapi dia membuat khemah untuk menyara hidup. Walaupun Yesus tidak mendapat 

pendidikan Hukum Taurat secara rasmi, Dia tetap digelar sebagai rabbi dan mengambil murid 

untuk bersama-Nya. Ajaran-Nya berasal dari  kewibawaan-Nya sendiri manakala para penulis 

hanya bergantung kepada pendapat dan pemikiran rabbi-rabbi yang lepas. 

 

4.   Golongan Herodes 

Golongan Herodes bukan sebuah parti politik ataupun mahzab agama. Mereka adalah segelintir 

orang Yahudi yang menyokong dinasti Herodes. Ini bermaksud, mereka juga menyokong 

kerajaan Roma secara tidak langsung kerana Roma yang bertanggungjawab menempatkan 

kerabat Herodes pada kedudukan sebagai pemerintah. Mereka mungkin berpusat di Galilea di 

bawah pemerintahan Herodes Antipas I. Mereka menentang Yesus bersama-sama dengan 

orang Farisi. 

 

5.   Zelot 

Sementara orang Saduki dan Farisi memanfaatkan kuasa pemerintah Roma, ramai orang Yahudi 

lain yang tetap berjuang demi kebebasan orang Yahudi. Mereka dikenali sebagai Zelot. Mereka 

memperjuangkan kemerdekaan, satu revolusi untuk menumpaskan kerajaan Roma. Mereka 

tidak mahu membayar cukai, menganggap kesetiaan kepada Kaisar sebagai satu dosa, dan telah 

melakukan beberapa kekacauan, termasuk pemberontakan Yahudi yang mengakibatkan 

kemusnahan Yerusalem pada 70 M.  

 

Pada zaman Yesus, mereka sudah melakukan banyak pemberontakan yang tidak berjaya 

(Barabas terlibat dalam salah satu pemberontakan) dan mereka sudah bersedia untuk 

menjatuhkan pemerintah Roma. Mempunyai semangat patriotik yang melampau, mereka 

berasaskan kepada kepercayaan bahawa penundukan kepada Roma adalah satu pengkhianatan 

terhadap TUHAN, Raja Israel yang sebenar. Simon adalah seorang murid Yesus yang datang dari 

golongan Zelot. 

 

6.   Penganut Agama Baru dan Orang yang Takut Akan TUHAN 

Walaupun dengan semangat kebangsaan yang kuat, agama Yahudi menarik ramai orang bukan 

Yahudi. Sukar bagi seseorang yang bukan Yahudi untuk menerima ajaran agama Yahudi. Dia 

harus disunat jika dia seorang lelaki, dan dibaptis serta mesti berjanji untuk mengikut semua 

Hukum Taurat Musa. Orang itu juga harus meninggalkan identiti bangsanya. Orang ramai yang 

mengambil langkah ini dipanggil sebagai penganut agama baru atau orang bangsa lain yang 

menganut agama Yahudi  (2:11). 

 

Ramai yang tertarik dengan ajaran monoisme (satu Tuhan) serta ajaran moral Yahudi yang ketat, 

berbeza dengan agama Roma yang mengamalkan politisme (banyak tuhan). Mereka bersedia 

16 

  

Latar Belakang Agama Dalam Perjanjian Baru 17 

untuk mengenali iman dan kepercayaan orang Yahudi tetapi kurang komitmen penuh sebagai 

penganut yang baru. Ramai orang bukan Yahudi yang kaya dan berpengaruh menganut agama 

Yahudi, dan mereka dikenali sebagai Ǯorang yang takut akan Tuhanǯ, Ǯpenyembah Tuhanǯ, atau 

Ǯpenganutǯ dalam Perjanjian Baru.  

 

7.   Orang Samaria 

Orang Samaria merupakan keturunan Israel dari Kerajaan Selatan. Mereka berkahwin campur 

dengan orang-orang dari negara asing yang dibawa masuk oleh kerajaan Asyur selepas 

kejatuhan Samaria yang merupakan ibu kota pada waktu itu. Hasilnya, agama mereka  

bercampur. Orang Samaria melandaskan kepercayaan mereka  kepada lima buku pertama 

Perjanjian Lama sahaja. Setelah orang Yahudi di bawah pimpinan Ezra dan Nehemia kembali dari 

pembuangan, timbul satu kebencian di antara orang Yahudi dan orang Samaria. Keadaan ini 

berlanjutan sehingga zaman Yesus. 

 

Bangunan ibadat orang Samaria di atas Gunung Gerizim yang berhadapan dengan  Sikhem 

(Yohanes 4:20) menjadi tanda penolakan orang Yahudi terhadap mahzab agama ini. Akan tetapi, 

orang Samaria menyembah TUHAN Allah yang sama seperti orang Yahudi. Hukum-hukum 

mereka diambil dari lima buku Musa, iaitu lima buku pertama Perjanjian Lama, yang lebih kurang 

sama dengan versi orang Yahudi. Seperti orang Yahudi, mereka juga menanti-nantikan 

kedatangan seorang nabi seperti Musa. Punca utama kebencian orang  Yahudi dan cemuhan 

orang Samaria dicetuskan oleh sejarah dan perbezaan bangsa dan sedikit  daripada perbezaan 

asas agama mereka.  Meskipun begitu, Yesus tidak melihat perbezaan tersebut dan Dia 

menjangkau mereka sama seperti orang Yahudi. 

 

 

 

Orang Samaria di negara Israel moden, merayakan perayaan Paskah. 

  

Latar Belakang Kebudayaan Dalam Perjanjian Baru 

A.   Diaspora (Penyebaran) 

Dianggarkan ada kira-kira empat juta orang Yahudi yang hidup di bawah empayar Roma semasa 

zaman Perjanjian Baru, iaitu tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan penduduknya. Walau 

bagaimanapun, kurang dari tujuh ratus ribu orang Yahudi yang tinggal di Palestina.  Lebih ramai 

yang menetap di Aleksandria, Mesir, dan Siria berbanding di Palestina. Di bahagian-bahagian 

Palestina, contohnya Galilea di mana  Yesus membesar, orang-orang bukan Yahudi adalah lebih 

ramai daripada orang Yahudi. 

 

ǮPenyebaranǯ ialah istilah yang digunakan untuk orang-orang Yahudi yang tinggal di luar 

Palestina tetapi masih mengamalkan hukum-hukum agama dan adat Yahudi. ǮDiasporaǯ adalah 

perkataan Yunani yang digunakan untuk istilah ini. Mereka yang tinggal di luar Palestina dikenali 

sebagai Yahudi Diaspora. Mereka adalah keturunan Yahudi yang tersebar di seluruh kawasan 

Timur Tengah dan Laut Tengah selepas dibuang oleh orang Asyur dan Babilonia pada abad 

keenam SM.  

 

Pada waktu pemerintahan Aleksander Agung, beribu-ribu orang Yahudi pergi meninggalkan 

Palestina untuk tujuan perdagangan dan perniagaan ke negara-negara jiran, terutamanya di 

kota-kota utama. Menjelang zaman Yesus, penyebaran tersebut telah berkembang menjadi 

beberapa kali ganda dari penduduk Palestina. Rumah-rumah ibadat di setiap kawasan yang 

dikenali telah banyak membantu dalam penyebaran agama Kristian, dan Paulus telah melawat 

semua rumah ibadat di setiap kota yang dikunjunginya.  

 

Ramai di antara mereka yang kembali ke Yerusalem untuk menyambut perayaan-perayaan. 

Orang-orang Yahudi ini terbahagi kepada dua kelas: (1) Hebrais, atau Hebraic atau orang Yahudi 

yang bertutur dalam bahasa Ibrani, yang bukan sahaja mengekalkan iman mereka tetapi juga 

adat serta bahasa Yahudi. Mereka biasanya tidak disukai oleh orang bukan Yahudi kerana 

keangkuhan mereka, (2) Hellenis, atau Hellenistic atau orang Yahudi yang bertutur dalam 

bahasa Yunani dan menggunakan bahasa Yunani, pakaian dan adat, sementara masih 

mengamalkan iman agama Yahudi dalam pelbagai tahap. Kira-kira 250 SM, ramai orang Yahudi 

yang tinggal di Mesir bertutur dalam bahasa Yunani sehingga bermulanya penterjemahan 

Perjanjian Lama. Tradisi mengatakan bahawa seramai tujuh puluh penterjemah Yahudi telah 

melakukannya dan mereka dikenali sebagai Septuagint (LXX atau 70).  

 

Orang Yahudi yang tersebar di merata tempat dengan terbuka membenarkan orang bukan 

Yahudi untuk membaca dan menerangkan Kitab Suci Perjanjian Lama di rumah ibadat mereka. 

Oleh itu, terdapat beberapa orang Yahudi yang sudah lazim dengan Perjanjian Lama, 

terutamanya di bahagian nubuatan dan apabila Paulus menerangkan tentang penggenapan 

nubuatan-nubuatan tersebut, mereka menerimanya dengan fikiran yang terbuka. Salah satu 

contoh ialah bagaimana orang bukan Yahudi di Antiokhia, Pisidia memberi respon kepada mesej 

Paulus yang diambil sepenuhnya dari Perjanjian Lama.  

 

Ramai dari orang Yahudi Diaspora yang hadir ketika perayaan Pentakosta (KPR 2:1-41) menjadi 

Kristian dan mungkin telah menyebarkan injil apabila mereka kembali ke tempat asal mereka. 

Mereka mungkin telah mempersiapkan jalan untuk Paulus dan Barnabas ketika mereka pergi 

untuk memberitakan injil ke kota-kota di luar Palestina yang mempunyai ramai penduduk 

Yahudi. Walaupun ada orang Yahudi yang menerima injil tersebut, lebih ramai lagi orang bukan 

Yahudi yang berbuat demikian. 

 

 

 

18 

  

Latar Belakang Kebudayaan Dalam Perjanjian Baru 19 

B.  Bahasa 

Bahasa Latin merupakan bahasa rasmi empayar Roma tetapi ia lebih banyak digunakan di 

bahagian Barat empayar tersebut. Di bahagian timur, bahasa yang banyak digunakan ialah 

Yunani. Selain daripada Yunani, orang Palestina bertutur dalam bahasa Aramia dan Ibrani. Jadi 

besar kemungkinan, Yesus dan murid-murid-Nya boleh bertutur dalam tiga bahasa. Dipercayai 

bahawa  bahasa Aramia digunakan lebih meluas di Palestina berbanding bahasa Ibrani.  

 

C.  Tempat Kediaman 

Rumah-rumah di bahagian barat empayar Roma dibina menggunakan batu-bata atau konkrit, 

terutamanya di kota-kota. Di bahagian timur, rumah biasanya dibina dengan bahan-bahan seperti 

bata yang dikeringkan dengan matahari dan plaster. Bumbungnya diperbuat daripada genting 

atau jerami.  Walau bagaimanapun, rumah kediaman dan pekan-pekan di Palestina berlainan dari 

Roma dan lebih kuno.  

 

Orang akan masuk ke dalam kawasan pekan melalui pintu gerbang di tembok. Di dalamnya, 

sebuah kawasan lapang yang berbentuk segi empat disediakan bagi orang ramai untuk bersosial 

dan berniaga. Yesus biasanya berkhutbah di kawasan seperti ini. Rumah-rumah dibina rendah 

dengan atap yang rata. Tempat kediaman mereka biasanya dibina dengan bata yang diperbuat 

daripada tanah dan jerami yang dibakar (dikeraskan) dengan bahang matahari. Ramai penduduk 

hidup di dalam rumah yang hanya mempunyai satu bilik. Sebahagian dari bilik tersebut  dibina 

agak tinggi untuk dijadikan tempat memasak dan tempat tidur. Rumah berlantaikan tanah dan 

sesetengah rumah beralaskan batu. Penghuni rumah biasanya tidur di atas sehelai tikar nipis dan 

akan  digulung pada siang hari. Binatang ternakan dan binatang tempatan hidup di kawasan yang 

lebih rendah.  

 

Sebuah tangga di luar rumah dibina untuk menaiki bumbung. Bumbung rumah dijadikan tempat 

tidur ketika cuaca panas, tempat mengeringkan sayuran, buah-buahan dan tempat berdoa. Di 

atas bumbung seperti inilah Petrus berdoa apabila dia mendapat penglihatan dari syurga.  Satu 

tembok rendah di sekeliling bumbung dibina untuk mengelak orang daripada terjatuh.  

 

 

 

 

D. Pakaian  

Golongan lelaki memakai sehelai pakaian labuh sehingga ke lutut. Tali pinggang diikat di bahagian 

pinggang. Mereka memakai kasut kasar ataupun sandal sebagai alas kaki dan topi ataupun skaf     

sebagai pelindung kepala. Pada musim sejuk, jubah yang tebal akan dikenakan untuk memanas-

kan badan.  

Rekonstruksi rumah Palestina pada Abad Pertama 

dengan oven dan pemeras minyak zaitun (atas/atap) 

serta tempat pengeringan hasil pertanian, jerami dll. 

Model rumah dengan empat ruang utama ditemukan 

dekat Amman, Yordan. 

  

Golongan wanita memakai pakaian pendek sebagai pakaian dalam. Kadang-kadang pakaian    

panjang sehingga ke pergelangan kaki yang berwarna terang juga akan dipakai. Mereka yang 

lebih berfesyen akan mengenakan kosmetik. Tudung digunakan untuk menutup kepala sambil 

membiarkan muka  terdedah.  

 

E.  Golongan Sosial 

Dalam masyarakat pagan, perbezaan sosial di antara golongan-golongan masyarakat adalah   

sangat jelas. Pengaruh agama Yahudi menjadikan orang Yahudi tidak dibahagikan kepada kelas-

kelas sosial. Walau bagaimanapun, ketua-ketua imam dan guru-guru Taurat masih tergolong  

dalam kelas yang tinggi. Petani, tukang-tukang, peniaga kecil dan keluarga mereka menjadi    

golongan masyarakat yang selebihnya.  

 

Di kalangan orang Yahudi, pemungut cukai ataupun pemungut tol yang dikenali secara tradisi 

sebagai orang-orang awam, merupakan golongan khusus yang dibenci oleh masyarakat. Orang 

Roma memungut banyak jenis cukai dan tol yang tidak langsung.  Ini termasuklah cukai yang 

dikenakan di pelabuhan, jambatan, persimpangan jalan, tempat-tempat berniaga, dan jualan   

barangan yang dikeluarkan dari daerah mereka. Cukai-cukai yang dikenakan secara langsung  

seperti cukai tanah, dipungut oleh para pegawai mereka sendiri. Orang-orang kaya (pemungut 

cukai) selalunya orang asing, akan melakukan kontrak untuk memungut cukai-cukai tidak        

langsung bagi Kerajaan Roma. Kemudian, mereka akan mengupah orang lain daripada       

masyarakat tempatan, dalam kes ini orang Yahudi, untuk memungut cukai.  Orang-orang Yahudi 

inilah yang dimaksudkan sebagai pemungut cukai di dalam Alkitab.  

 

Para pemungut cukai dipandang hina kerana (i) mereka memungut wang untuk kuasa luar yang 

telah menduduki tanah mereka dan secara tidak langsung telah memberikan sokongan kepada 

penjajah (ii) para pemungut cukai memungut lebih daripada yang ditetapkan untuk kepentingan 

diri, lantas menjadi kaya dengan menggunakan wang orang Yahudi sendiri, (iii) pekerjaan mereka 

melibatkan perjumpaan secara berkala dengan orang bukan Yahudi. Ini menjadikan diri mereka 

tidak suci. Oleh itu, golongan ini dianggap tidak berbeza daripada perompak ataupun pencuri. 

Mereka juga sering dikaitkan dengan kumpulan Ǯpelaku dosaǯ di dalam Alkitab.  

 

Belas kasihan Yesus terhadap pemungut cukai merupakan salah satu fakta menakjubkan di dalam      

pelayanan-Nya. Berita Baik Kerajaan Allah membolehkan semua orang untuk merasakan kasih 

kurnia Allah. Lukas menekankan mesej ini lebih daripada penulis-penulis Injil yang lain. Dia juga 

memberikan jaminan yang paling positif terhadap mereka. Tindakan Yesus di dalam memilih Lewi 

si pemungut cukai sebagai salah seorang daripada dua belas pengikut terdekat-Nya adalah    

sesuatu yang mengejutkan dan menyinggung orang Yahudi, terutamanya pihak penguasa    

keagamaan mereka.  

 

Jumlah hamba abdi mungkin melebihi jumlah penduduk di dalam empayar Roma. Adalah menjadi      

kebiasaan bagi penjenayah, orang berhutang dan tawanan perang untuk dijadikan hamba        

sebagai hukuman. Banyak perumpamaan dan perkataan Yesus menunjukkan bahawa                

perhambaan masih wujud dalam budaya Yahudi ketika itu. Ramai daripada hamba-hamba         

tersebut lebih terpelajar daripada tuan mereka. Pada asalnya, hamba abdi yang melakukan      

jenayah sahaja yang akan disalibkan. Walau bagaimanapun, selepas beberapa waktu, hukuman 

salib ini turut dijatuhkan kepada orang bebas yang melakukan jenayah berat. 

20 

  


  

RINGKASAN 

 

Siapakah Yesus (1:1-17) 

Matius bermula dengan mencatatkan nenek 

moyang utama Yesus, bermula dari Abraham 

dan melalui Raja Daud (1:1-17), untuk menun-

jukkan bahawa Dia mempunyai hak yang sah 

untuk menggenapi janji-janji Allah kepada 

mereka. 

 

Bagaimana Yesus Datang (1:18-3:17) 

Matius menggambarkan konsepsi ajaib Yesus 

dan peristiwa-peristiwa di sekitar kelahiran-

Nya (1:18-2:23). Tanpa apa-apa catatan tentang 

30 tahun pertama mengenai diri-Nya, dia     

datang kepada Yohanes Pembaptis yang     

menyediakan jalan bagi Yesus (3:1-12). Pada 

pembaptisan-Nya, Allah mengesahkan Yesus 

sebagai Anak-Nya dan memenuhi-Nya dengan 

Roh-Nya (3:13-17), memperkasakan-Nya untuk 

misi-Nya. 

 

Apa yang Yesus Ajarkan (4:1-25:46) 

Setelah mengalahkan Iblis (4:1-11), Yesus     

berpindah ke Kapernaum di mana Dia      

memulakan pelayanan-Nya dan memanggil 

murid-murid-Nya (4:12-25). Matius mencatat-

kan pengajaran utama Yesus, menyusunnya 

secara tematik menjadi lima blok utama       

(bab  5-7; 10; 13; 18; 24-25) dan menyelangi 

pengajaran ini dengan catatan-catatan tentang 

apa yang Yesus lakukan. Tumpuan Yesus selalu 

adalah kerajaan Allah, mukjizat-mukjizat-Nya 

berfungsi sebagai satu demonstrasi dan                 

semua perumpamaan-Nya adalah   penjelasan 

tentang hal itu. Tetapi sementara orang       

Yahudi mengharapkan Mesias mendirikan  

kerajaan Allah dengan pedang, Matius    

menunjukkan Yesus datang untuk melakukan-

nya melalui salib. 

Mengapa Yesus Mati (26:1-28:20) 

Kerana marah dengan ajaran Yesus, para     

penentang agama dan musuh politik-Nya        

berpakat untuk memperdaya dan membunuh 

Yesus (26:3-5), mendapat peluang yang           

sempurna apabila Yudas bersetuju untuk 

mengkhianati-Nya (26:14-16). Selepas berkongsi 

Paskah dengan murid-murid-Nya (26:17-29) dan 

meramalkan penyangkalan Petrus (26:31-35), 

Yesus pergi ke Getsemani di mana Dia berdoa 

dan dikhianati (26:36-56). Selepas beberapa   

perbicaraan sepanjang malam itu (26:57-27:26), 

Yesus disalibkan dan dikuburkan (27:27-65).    

Namun, ini bukan akhir dari cerita, kerana        

Yesus bangkit daripada kematian (28:1-15),   

membuktikan bahawa Dia benar-benar adalah 

Mesias. Dia kemudian mengutus murid-murid-

Nya ke seluruh dunia untuk memberitakan berita 

baik-Nya kepada semua bangsa (28:16-20). 

 

Penulis 

Sejak dari zaman gereja awal Injil Matius          

dipercayai ditulis oleh seorang pemungut cukai 

yang muncul dalam 9:9. Ini disokong oleh bukti-

bukti lain. Matius adalah satu-satunya penulis Injil 

yang menyebutkan pemungut cukai ini sebagai 

DzMatiusdz. Selain itu, tulisannya menunjukkan 

minat terhadap angka dan pengetahuan         

tempatan yang anda boleh jangkakan daripada 

seorang pemungut cukai yang tinggal di tempat 

itu pada masa itu. Matius ini adalah salah seorang 

daripada dua belas murid Yesus (10:2-4). 

 

Tahun Penulisan 

Oleh kerana Matius memetik secara luas dari   

Injil Markus, tampak jelas dia menulis Injilnya 

kemudian, mungkin pada tahun 60-an, tetapi 

hampir pasti sebelum kehancuran Yerusalem 

pada 70M. 

24 

GAMBARAN KESELURUHAN 

Matius, yang ditulis untuk orang Kristian Yahudi, berfokus kepada siapakah Yesus, mengapa Dia  

datang, dan bagaimana Dia bertepatan dengan tujuan Allah yang lebih besar, menunjukkan bahawa 

Dia adalah Mesias yang telah lama dinantikan, pembawa kerajaan Allah.  

Matius 

Injil Para Murid 

 

 

  

 

17:1-13  Yesus dipermuliakan di atas gunung 

17:14-18:35  Lebih banyak mukjizat dan 

perumpamaan tentang kerajaan 

Allah 

19:1-12  Ajaran Yesus mengenai perceraian 

dan perkahwinan 

19:13-15  Yesus memberkati kanak-kanak 

19:16-20:28  Ajaran tentang kekayaan dan    

kebesaran dalam kerajaan Allah 

20:29-34  Dua orang buta disembuhkan 

21:1-11  Yesus masuk ke Yerusalem 

21:12-17  Yesus membersihkan Bait Suci yang 

menjadi pasar dan menyembuhkan 

orang di sana 

21:18-23:39  Perumpamaan dan pengajaran   

tentang perselisihan Yesus dengan 

para pemimpin Yahudi 

24:1-25:46  Ajaran Yesus tentang akhir zaman 

 

Mengapa Yesus Mati 

26:1-16  Para pemimpin Yahudi merancang 

untuk membunuh Yesus dan Yudas 

bersetuju untuk mengkhianati-Nya 

26:17-30  Yesus dan murid-murid-Nya 

merayakan Paskah 

26:31-35  Yesus meramalkan penyangkalan 

Petrus terhadap-Nya 

26:36-56  Doa dan pengkhianatan terhadap 

Yesus di Getsemani 

26:57-75  Yesus disoal oleh para pemimpin 

Yahudi dan Pilatus, dan disangkal 

oleh Petrus 

27:1-10  Yudas menggantung dirinya 

27:11-44  Perbicaraan dan penyaliban Yesus 

27:45-66  Kematian dan pengebumian Yesus 

28:1-15  Penemuan kubur yang kosong dan 

Yesus yang bangkit 

28:16-20 Yesus mengutus murid-murid-Nya 

ke dunia dengan berita baik 

 

Matius 25 

Siapakah Yesus 

1:1-17  Nenek-moyang Yesus melalui Raja 

Daud kepada Abraham 

 

Bagaimana Yesus Datang 

1:18-25  Keadaan semasa kelahiran Yesus 

2:1-12  Ahli ilmu bintang menyembah bayi 

Yesus 

2:13-23  Keluarga Yesus melarikan diri dari 

Raja Herodes 

3:1-12  Yohanes Pembaptis menyediakan 

jalan untuk pelayanan Yesus 

3:13-17  Pembaptisan Yesus dan 

pengesahan Allah 

 

Apa yang Yesus Ajarkan 

4:1-11  Yesus mengatasi godaan Iblis 

4:12-25  Yesus memulakan pelayanan-Nya 

dan memanggil murid-murid-Nya 

yang pertama 

5:1-7:29  Khutbah di Bukit: kehidupan dalam 

kerajaan Allah 

8:1-9:34  Kewibawaan Yesus ditunjukkan 

dalam mukjizat 

9:35-10:42  Yesus mengutus dua belas         

murid-Nya untuk mengumumkan 

kedatangan kerajaan Allah 

11:1-12:50  Respons terhadap pelayanan Yesus 

13:1-52  Perumpamaan tentang kerajaan 

Allah 

13:53-14:12  Konflik yang semakin meningkat 

mengenai pelayanan Yesus dan 

kematian Yohanes Pembaptis 

14:13-15:39  Penyediaan Yesus ditunjukkan   

dalam mukjizat 

16:1-12  Peringatan Yesus tentang orang 

Farisi dan Saduki 

16:13-20  Petrus mengiktiraf Yesus sebagai 

Mesias Israel 

16:21-28  Yesus meramalkan penderitaan dan 

kematian-Nya yang akan datang 

GARIS BESAR – MATIUS 

  

Yesus, Mesias 

Matius menunjukkan bahawa Yesus adalah 

Mesias melalui salasilah-Nya (1:1-17), gelaran-

gelaran (seperti Anak Daud dan Mesias),     

persamaan dengan Israel (misalnya 2:15),      

dan penggenapan nubuatan. Dia memetik   

Perjanjian Lama secara meluas, yang menun-

jukkan bagaimana peristiwa dalam kehidupan 

Yesus menggenapi apa yang tertulis (1:22; 4:14; 

8:17; 12:17; 21:24), mengesahkan tuntutan    

mesianik-Nya. Matius juga membuat persa-

maan antara Musa dan Yesus. Sebagai contoh, 

sama seperti Musa meninggalkan Mesir, 

demikian juga Yesus; sama seperti Musa 

menerima Perintah Allah di sebuah gunung, 

demikian juga Yesus menjelaskan perintah-

perintah itu di sebuah gunung (Khutbah di 

Bukit). 

 

Yesus, Raja 

Matius menggambarkan Yesus sebagai Raja 

tertinggi, dari keturunan Daud (1:1-17) dan  

dihormati oleh orang Majus yang bukan      

Yahudi yang mencari Raja orang Yahudi (2:2), 

menggariskan sifat global kedudukan-Nya  

sebagai raja. Yesus menuntut hak Raja untuk 

menghakimi semua orang pada akhir zaman 

(25:31-46) dan Dia menyerahkan kewibawaan 

kerajaan-Nya atas semua bangsa kepada   

murid-murid-Nya (28:16-20).  

 

Pemerintahan ini juga dilihat dalam penekanan 

Matius pada Dzkerajaan Allahdz; menulis untuk 

para pembaca Yahudi, dia secara umum      

menyebutnya sebagai Dzkerajaan syurgadz 

kerana orang Yahudi mengelak daripada 

menggunakan nama Allah. Orang Yahudi 

percaya kerajaan Allah akan datang dengan 

penuh kuasa pada akhir zaman, membawa 

penghakiman terhadap musuh-musuh Allah; 

tetapi Yesus mengatakan itu sudah mula     

datang sekarang, kerana Dia, Sang Raja sudah 

ada di sini. Kerajaan-Nya mempunyai dimensi 

masa sekarang (misalnya 12:28) dan masa 

hadapan (misalnya 24:36-51). 

 

Yesus, Pemenuhan dan Asas 

Petikan Matius yang luas dari Perjanjian Lama 

(misalnya 2;5-6; 3:3; 4:4,6-7; 11:10; 13:13-15;    

15:7; 21:4-5,9,13,16) bersama-sama dengan 

penggunaan     frasa      Dzsupaya      terlaksanalahdz  

(misalnya 1:22-23; 4:14-16; 8:17; 12:17-21; 21:4-5) 

mengesahkan pandangannya terhadap Yesus 

sebagai pemenuhan harapan orang Yahudi untuk 

seorang M