alam iblis 4
akan
kerja yang akan dilakukan oleh manusia itu. Semua bentuk kerja samaada
bersifat keduniaan atau pun berbentuk keakhiratan, Syaitan akan bersedia
dengan halangannya disitu. Sebagai contoh, jika manusia berhajat untuk
melakukan puasa sunat esok hari. Maka maklumat itu akan dihantar kepada
Syaitan dimana ia akan membuat manusia itu tidak dengar locing jamnya
untuk bangun syahur. jika sedar, telah masuk waktu subuh maka manusia
itu pun membatalkan niatnya untuk berpuasa sunat itu. Jadi begitulah
kerjasama mereka menghalang manusia. Tetapi tugas utama Qarin ialah
mengujudkan halangan "lupa" difikiran manusia maka timbul lah perasaan
was-was sama ada dia telah solat ke belum. Telah berwuduk ke belum, Sah ke
wuduknya, betul ke tidak cara ia berwuduk, betul ke cara ia mandi hadas dan
semua bentuk pekara yang mengakibatkan lupa dan was-was seumpama itu
difikiran manusia Islam. Itulah sebabnya dapat dilihat semasa mengangkat
Takbir ratulihram, sesorang itu terpaksa membuatnya berulang-ulang kali
sebab was-was. Begitu juga semasa mengambil wuduk, teringat kawan
seorang sahabat sewaktu belajar di pensentren dulu, yang sangat susah untuk
berwuduk, berulang-ulang sampai orang dah masuk rekaat kedua baru ia
selesai berwuduk. Satu waktu, Pak Kiayai menyuruh dia menangkat wuduk
dihadapannya. Lagilah kelang kabut dibuatnya, terlampau susahnya dia
berwuduk lalu Kiayai suruh dia terjun saja kedalam kolam itu. Itulah peristiwa
yang kawan tak dapat lupakan hingga kehari ini.
Telah juga diriwayatkan bahawa Rasullah saw juga mempunyai Qarin seperti
kita, tetapi Allah swt telah memeliharanya dari gangguan Qarin itu. Dari
sebuah Hadis Ibnu Mas'aud ra telah diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa
Rasullah saw telah bersabda yang maksudnya :
"Setiap dari kamu ada bersama dengannya Qarin dari golongan Jin,
Sahabat bertanya, adakah kamu juga wahai Rasullah ? Jawab Baginda,
Ya...aku pun ada Qarin, cuma Allah swt membantu ku dapat mempengaruhi
Qarin itu untuk memeluk Islam dan sentiasa mendampingi ku dan tidak pula
mendorong ku membuat sesuatu melainkan dari kebaikkan saja ".
Keterangan Hadis : dari hadis Rasullah ini menunjukkan dalail bahawa setiap
manusia tidak akan terlepas dari mempunyai Qarin. Hanya tugas Qarin ini saja
yang ditafsirkan berbeza-beza dari satu Ulama ke satu Ulama. Ada yang
mentafsirkan kerjanya menghasut untuk keburukan, ada yang kata menipu dan
berbagai visi lain. Tetapi kawan mengambil akan tafsir yang lebil logik iaitu ia
mendiami akal fikiran manusia seperti yang telah disebutkan tadi.
Qarin tidak mati jika manusia tumpangannya itu meninggal dunia. Ia
sebaliknya akan duduk semula kedalam sistem peranakan wanita lain yang
hendak berumahtangga. Begitulah rutin hidupnya sampai hari kiamat. Ia
yaitu tugas yang telah ditetepkan kepada nya oleh permintaan Izazil kehadrat
Allah swt.
yaitu diingatkan supaya pembaca semua jangan beranggapan bahawa Allah
swt telah menjalankan konsprasi dengan Izazil dan Iblis laknatullah sebab
semua permintaannya dikabulkanNya. Maha suci Allah swt dari sifat rendah
begitu. Sebaliknya Allah swt Mahaadil kepada makhluknya, ia diberi
kemudahan untuk menyesatkan seberapa ramai manusia yang dia mampu.
Sebaliknya manusia harus peka akan pekara penyesatan dan dakyah Iblis ini
dan memelahara dirinya dan keluarganya dari ganggun mereka. Inilah dugaan
dan fitnah yang paling besar keatas manusia semua.
9)BUNIAN
Seperti yang anda senua tahu Bunian atau orang halus ini yaitu kacukan
diantara Manusia dan Jin. Memang tidak mustahil pekara ini boleh berlaku.
Sejak dahulu lagi, sejak zaman Nabi Allah Sulaiman as lagi cerita ini telah
didengar iaitu Isterinya yang bernama Ratu Balqis yaitu merupakan kacukan
antara bapanya manusia dan Ibunya yaitu golongan Jin. Kemudian banyak
tempat pula di seluruh Malaysia ini ada saja perkampungan Bunian dari cerita-
cerita rakyat, malahan dibelakang rumah kawan dikampung dahulu ada
perkampungan Bunian. Kawan semasa kecil selalu bermain-main
diperkampungan mereka dan sampai sekarang kawan masih ingat nama-nama
rakan-rakan sepermaainan kawan itu. Malah kawan juga sentiasa diikuti oleh
3 orang Puteri Bunian kemana saja kawan pergi dulu. Mereka nak kawin
dengan kawan tapi atok kawan larang sebab katanya mereka itu menyusahkan
hidup manusia saja. Atok kawan cakap mereka itu umurnya dah berpuluh ribu
tahun, dah tersangat tua tapi yang hairannya mereka nampak sebaya je dengan
kawan. Kawan tak ada apa-apa niat pun pada mereka. Malah kawan tak tahu
apa itu kawin, jadi kawan buat tak tahu saja lah. Tapi bila kawan merantau,
mereka pun hilang entah kemana. Tak dapat dikesan sampai sekarang.
Sebenarnya orang kampung selalu minta kawan tolong dapatkan barang-
barang dialam Bunian itu. Tapi kawan buat tak reti je, malas nak layan orang
tua-tua tu sebab minta barang yang bukan-bukan. Kawan pun tak faham
kenapa mereka beria-ia benar untuk mendapatkan barang-barang dialam
Bunian itu. Ketua Kerajaannya yaitu seorang Ratu, seorang perampuan.
Anak-anak dialah yang suka ikut kawan. Ratu ini juga baik dengan ibu kawan.
Mereka selalu berbual-bual tak tahu apa yang dibualkan. Mereka ini pun selalu
juga bertandang kerumah kawan. Terutama bila Hari Raya Puasa, sungguh
meriah didalam perkampungan mereka. Tapi kami saja yang nampak, kawan-
kawan manusia yang mengaji Quran dengan kawan nak sangat tengok tapi
mereka tak nampak. Bila mereka ajok kawan, mereka kena ketok dengan kayu
oleh budak-budak Bunian tu. Itu sebab mereka tak berani main-main dengan
kawan.
Menurut Abang Hassan yang tinggal diUlu Langat Selangor, Mereka ni pun
barpuak-puak juga. Mereka mempunyai bahasa mereka dan kerajaan mereka
tersendiri. Sewaktu kawan mengunjungi rumahnya terdapat satu rumah kosong
dibelakang rumahnya. jika kawan kata kawan nampak rumah tu dia terus
menganjak kawan memasuki rumah itu. Rupa-rupa nya dia telah berkahwin
dengan seorang Puteri Bunian berketurunan Sabt, beliau faseh berbahasa Sabt
dan mempunyai 6 orang anak. Keturunan ini semuanya beragama Islam, Dia
kata tiada seorang pun yang tahu dia ada isteri Bunian. Didalam rumah itu
terdapat sebuah singgahsana yang diperbuat dari tembaga kuning semuanya
siap dengan kelengkapan bantal-bantal dari baldu emas dan meriam naganya
sekali, semua kelengkapan Istana, Tombak-tombak, Panji-panji dan semua
kain nya dari kain cendai buatan tangan. Bau didalam ruang rumah itu sangat
harum, semua pengasuhnya dan hulubalangnya terdiri dari Bunian yang
jumlahnya agak ramai juga. Rupa-rupanya dibelakang rumah usang itu ada
rahsia besar kawasan Kerajaan Bunian kaum Sabt yang tidak diketahui umum.
Yang menjadi hairan, kenapa mereka boleh menerima dan melayan kawan
dengan istiadat istemewa mereka ? Rupa-rupa ia ada kaitan dengan kisah silam
kawan semasa dikampung. Mereka kenal akan rakan-rakan Bunian kawan dan
orang yang pernah tinggal berjiran dengan kaum seperti mereka dari kaum
Thyu. Ia sepeti telah ada tanda pada kita yang mereka kenal. Barulah hari itu
kawan tahu bahawa Bunian yang tinggal dibelakang rumah kawan dahulu
semasa dikampung ialah dari kaum Thyu. Kaum Bunian Sabt dan Thyu yaitu
bersaudara dan mereka semuanya Islam. Oleh itu kemana pun kawan pergi
mereka akan kenal dari tanda yang mereka bagi pada kawan, walaupun dari
puak-puak lain kaum Bunian ini. Abang Hassan pun menyatakan hasrat Ratu
mereka supaya kawan juga dapat menerima adek iparnya sebagai isteri kawan,
tetapi kawan tolak sebab masih ingat pesan atok kawan supaya tidak
berkahwin dengan mereka kerena ia akan menyusahkan kawan. Keputusan itu
mereka terima dengan agak suram tetapi terpaksa menerimanya juga sebab
ketegasan kawan sendiri. Begitulah cerita Aband Hassan.
Dilain ketika, kawan telah membuat expidisi sendiri ke Gunong Ledang untuk
menyusuri kebenaran akan cerita lagenda Melayu Lama berkenaan Puteri
Gunong Ledang disitu. Sayang sekali Netional Geografi tidak dapat mengikuti
kawan, kalau tak tentu dapat tangkap gambar dan boleh buat program TV...
(gurau saja). sesudah beberapa hari disana maka nampaklah pintu untuk
masuk kealam Bunian itu, kawan pun masuk dan didapati sebuah Kerajaan
Bunian yang sangat besar dan luas disitu. Dari atas puncak Gunung itu dapat
dilihat bak kata melayu lama, "sayup... saujana mata memandang" akan
luasnya kerajaan Bunian itu. Ia sangat cantik dan tersusun, pemandangannya
juga turut memukau mata. Rumah-rumah mereka dibina tersusun dilereng-
lereng gunung seperti verinda-verinda diperbuat dari kayu bulat dan
dilengkapi dengan atap dari jerami halus di ikat rapi. Ia langsung jauh berbeza
dari metos cerita Melayu Lama didalam filem atau pun yang diceritakan buku-
buku hikayat lama. Ia jauh lebih indah dari itu. Kemudian Nenek Kebayan
keluar dari lubang gua yang bercahaya dengan wajah yang sangat tua
terbongkok-bongkok bertongkatkan kayu cemeti berbuku-buku dan bingkang
bingkok. Dia bertanya akan hajat hamba, hamba katakan hendak bertemu
dengan Puteri Gunung Ledang. Dengan tak semena-mena dia bertukar menjadi
seperti seorang puteri yang sangat jelita. Hamba terus bertanya adakah dia itu
Puteri Gunong Ledang, Ya.. jawabnya pendek. Jadi tuan Puterilah yang
dipinang oleh Sultan Melaka untuk dijadikan Pemaisurinya ? Ya.. sambungnya
lagi. Kenapa Tuanku menolak akan pinangan itu ? Tanya hamba lagi. Dia
tidak layak... katanya. Siapa yang tuan Puteri kata tidak layak, tuan Puteri kah
atau Sultan kah ? tanya hamba. Dia hanya tersemyum dan ketawa kecil dan
melangkah masuk...kemudian menoleh semula kepada hamba seraya berkata,
diluar sana ada sebuah kenderaan. Jika tuan hamba hendak pulang gunakan
kenderaan itu, disitu juga ada hadiah untuk tuan hamba...katanya sambil
menunjuk pintu keluar istananya. Terima kaseh tuan Puteri, tetapi sebelum
hamba melangkah pergi, bolehkah hamba melihat-lihat kawasan Kerajaan
Tuanku ini. Hamba memohon. Dia hanya mengangok-angokkan kepalanya
dan berlalu pergi.
Kawan pun keluar dari ruangan itu menuju ke verindanya, dari situ dapat
ditinjau seluruh kerajaan itu dari kiri kekanan, dari atas hingga kebawahnya
dengan penuh menakjubkan sekali. Tidak pernah terbayang dan terfikir adanya
kerajaan seumpama itu dimaya pada ini. sesudah melihat-lihat seluruh kawasan
itu, kawan pun melangkah kepintu keluarnya yang terdapat sebuah pedati
kuno, ( seperti didalam cerita orang Rom ) dihadapan pedati itu terletak 2 buah
tempayan tembaga kuning bertutup rapat. Alangkah terperanjatnya kawan bila
saja meletakkan kaki diatas pedati itu, dengan tiba-tiba ia ditarek terbang oleh
seekor burung purba zaman Jurasik, melayang keudara mengelilingi Kerajaan
Bunian dan melihat mereka melambai-lambaikan tangan dari setiap Veranda-
verinda rumah mereka dikiri dan kanan lereng gunung itu. Kawan
diterbangkan ke Johor Bahru tepat kehalaman rumah kawan. Macam mana
burung ni tahu rumah kawan ? bisik hati. Kawan turun dan menarek
tempayan-tempayan tembaga itu turun. dan bingkas burung itu juga terbang
semula keudara dan hilang dari pandangan. Kawan bawa tempayan itu masuk
kedalam rumah, kemudian membersehkan badan untuk solat subuh. Selepas
berehat kawan pun teringatkan tempayan-tempayan itu. Bila dibuka saja
penutupnya, kelihatan terdapat ketulan-ketulan emas didalam satu tempayan
dan batu-batu permata didalam tempayan yang satu lagi. Kemudian kawan
tutup semula dan pergi membuat kerja kawan. Selang seminggu kawan buka
sekali lagi tempayan itu dan mendapati kedua-dua isi tempayan itu telah
bertukar menjadi batu-batu hitam yang tidak berharga. lantas kawan katakan
"Kalau dah Jin tu, Jin jugalah namanya".... telah kawan jangka pekara ini
akan berlaku.
dari cerita-cerita kawan tadi, apa yang kita dapat faham bahawa kaum
Bunian itu juga berbangsa-bangsa dan berpuak-puak dengan nama yang
berbeza-beza. Kerajaan- kerajaan mereka yaitu mengikut nama kaum mereka
itu pula. Kemudian mereka paling mudah untuk mengajak manusia kawin,
sedang kita pula harus berhati-hati dan jangan taksub akan ajakan mereka.
Manusia sebenarnya tidak mampu mengawal makhluk Jin ini, mereka akan
control kamu sepenuhnya dan akan mengongkong kamu. Mereka juga ada
memiliki sifat cemburu yang sangat tinggi atas apa juga pekara yang kamu
buat didunia luar yang sukar kamu bendong disamping sifat degil mereka
terhadap nasihat yang kamu beri. Mereka mempunyai hati yang keras dan
sukar dididik supaya taat selain mereka sebenarnya telah terlampau tua
dibandingkan dengan kamu. Inilah pesan atok kawan yang kawan sentiasa
ingat hingga kehari ini. Jika dialamnya nampak emas, sedang kan itu hanya
ilusi saja. Jangan mudah terperdaya dengan permainan mereka yang mahir
dalam ilmu sihir.
10) DEWA
Merupakan sebutan perkataan yang diambil dalam bahasa sanskrit yang
bermaksud 'tuhan', yang kemudiannya diambil dan digunapakai oleh sami-
sami Hindu dan Buddha dalam mentafsir satu kuasa ghaib yang menolong
mereka dalam apa juga kerjabuat mereka setiap hari. Mereka tidak tahu dari
mana datangnya pertolongan itu dan mengelar akan kuasa yang datang itu
yaitu dari para dewa-dewa mereka itu. Mereka telah ditipu oleh para-para Jin
yang berselindung disebalik nama-nama dewa mereka tadi. Jadi bolehlah kita
menetapkan bahawa perkataan dewa itu yaitu merujuk kepada golongan Jin,
tak kiralah kecil atau besar, kuat atau tidak. Seharusnya orang-orang Islam
menjauhi akan penggunaan nama dewa ini dalam apa juga bentuk tujuan
sebab ia membawa kita kepada syirik akbar (sesat besar) terhadap Allah swt.
11) SAKA
Telah banyak diceritakan didalam rencana ini berkenaan dengan saka
keturunan. Ia yaitu Jin yang diambil sebagai sahabat atau khadam oleh
seseorang yang sengaja dibiarkan atau tidak sempat dibuang sebelum mereka
mati. Jin saka ini akan mula mengacau semua keturunan tuannya itu hingga
hari kiamat. Tiada seorang pun yang akan terlepas dari pandangannya.
Semuanya termasuk yang baru lahir sekali pun akan diikutinya. Pengambilan
Jin sebagai sahabat atau khadam ini yaitu perbuatan syirik, yang didalam
syarak juga dihukumkan sebagai haram dan najis. Tetapi didalam warga
melayu sekarang, mungkin mereka tidak mengambilnya tetapi mewarisinya
pula dari nenek moyangnya yang tidak memahami hukum agama dengan betul
atau mungkin juga mereka tidak beragama Islam semasa mereka mengambil
Jin-jin itu sebagai sahabat atau khadam. Justru itu mereka telah terjebak oleh
Jin-jin saka ini secara "tidak rela" akan kehadirannya, tetapi jin saka ini tidak
peduli sama ada anda suka atau tidak, anda tetap dibawah kawalannya. Jadi
barang diingatkan supaya ia dipisahkan dan dibuang sebelum anda pulang
kerahmatuallah.
Teringat kawan akan satu cerita semasa kawan menyusuri Sungai Jelai menuju
ke Gunung Tahan dalam expedisi menjejaki Hang Tuah yang dikatakan tinggal
dikaki Gunong Tahan pada akhir tahun 80an dulu. Dengan menaiki bot
panjang kawan mudik kehulu hingga kekampung Bantal Kuala Tahan, Hulu
Tembeling. Sampai disana mengupah asli Semai untuk menjadi juru
panduarah hingga kekaki Gunung Tahan. Dia membawa kawan hingga
bertemu seorang tua yang memang tinggal disebuag gua disitu, tetapi beliau
bukanlah Hang Tuah yang banyak diperkatakan orang. Beliau merupakan asli
senoi yang terpisah dari kelompoknya dan tinggal disitu sebab telah uzur. Jadi
kawan pun berangkat pulang semula kekampung Bantal dan tinggal beberapa
hari disitu. Dalam pada berbual-bual dengan seorang Batin disitu, beliau
menyuruh kawan mencari Pak Long Kasim di tebing Sungai Jelai Kuala Lipis.
Jadi keesokan harinya kawan mudik kehilir pula menuju keSungai Jelai Kuala
Lipis untuk mencari Long Kasim disana. Sampai dipekan Lipis kawan bertanya
beberapa orang lama dan tentunya mereka semua mengenali Long Kasim
sebab beliau terkenal akan ramah dan sifat suka membantu orang ramai
disitu. Dipagi itu kawan dibawa bertemu dengan Long Kasim untuk melerai
masaalah Hang Tuah ini, jadi dia pun mengajak kawan kerumahnya ditebing
Sungai Jelai tidak jauh dari Pekan itu.
Pak Long Kasim ini merupakan bekas Kominis dan juga merupakan cucu
kepada Mat Kilau. Beliau juga mengeluarkan hazanah peninggalan Mat Kilau
dan gambar-gambar lama dia bersama Mat Kilau suatu masa dahulu untuk
ditunjukkan kepada kawan. Tetapi untuk mencari Hang Tuah beliau minta
tangguh sehari untuk mencarinya. Kawan dipelawa untuk tinggal dirumahnya
itu. Keesokan harinya beliau memanggil kawan dan menerangkan prihal Hang
Tuah. Dalam pencariannya, beliau menggunakan "sahabat" Jin nyn yang
bernama "Pantas diawan" untuk mencari keseluruh pelusuk bumi Malaysia
ini, namun ' beliau mengatakan tidak dapat berjumpa walau dimana juga. Jadi
kata muktamad bagi pencarian itu ialah dianggap beliau sudah tiada dan tidak
diketahui dimana kuburannya berada. Selepas itu kawan sudah tidak punya
apa-apa tujuan dan ingin pulang saja ke Johor tetapi Long Kasim telah
mempelawa mengikutnya dalam satu lagi kerja besar katanya, jadi kawan
tunggu saja disitu beberapa hari lagi. Kerja besar yang dimaksudkan ialah
untuk mengangkat keluar 3 buah lori balak yang jatuh kedalam gaung diBukit
Sembilan Jalan Merapoh ke Gua Musang. Maka beliau telah menggumpulkan
rakan karibnya iaitu Cikgu Wahab cucu tok Bahaman dan Abang Malek cucu
tok Gajah menyertainya dalam operasi itu. Kawan telah diperkenalkan kepada
semua rakan-rakan karibnya itu sebagai adek angkat Long Kasim, jadi mereka
tidak berkata apa-apa dan tidak membantah jika kawan turut dan . jika
hari telah malam kami pun berangkat ketempat itu. Mereka telah membuat satu
upucara ditempat kejadian itu dengan semua peralatan dan juga seekor
kambing hitam telah dikorbankan disitu. Kawan hanya memerhati apa yang
mereka buat. sesudah selesai, kami pun pulang kerumah. Keesokan pagi kami
pergi lagi ketempat itu lebih kurang jam 10 pagi bersama-sama taukey kilang
balak dari Raub, tuan punya lori dan kayu-kayu balak itu. Taukey itu sungguh
terperanjat bila mendapati kesemua lorinya telah berada diatas jalan semula
dengan semua kayu-kayunya terikat elok diatas lori. Hanya 1 dari 3 keadaan
lorinya yang agak rosak dan tidak boleh bergerak, itu tidak menjadi masaalah
sebab maseh boleh dibaiki. Yang merungsingkan Taukey itu ialah kayu-kayu
dan pemandu lorinya saja. Pemandu dan pembantunya berjaya terjun sebelum
lori itu jatuh kedalam gaung dan kesemuanya terselamat. Sekarang bagaimana
boleh lori yang telah terhumban itu boleh naik keatas jalan hanya dalam satu
malam tampa menggunakan krin ? Inilah tanda tanya yang bermain dikepala.
Taukey itu memberi upah kepada Cikgu Wahab dan mengucapkan terima kasih
kemudian dia beredar untuk menguruskan lori dan kayu-kayunya itu. Kami
semua kembali semula kepekan Kuala Lipis untuk melihat wang dibayar untuk
kerja-kerja itu. Taukey itu membayar 30 ribu untuk kerja yang mereka buat,
jadi dibahagi tiga dapatlah seorang 10 ribu ringgit. Sungguh lumayan
pendapatan mereka dengan usha yang sedikit, semuanya dengan pertolongan
sahabat long Kasim "Pantas Diawan". Tuan-tuan tahu apa dia Pantas diawan
itu ? Ia merupakan seekor Jin dari keluarga Ifrait yang juga dipanggil dengan
nama Hantu Galah, Hantu Tinggi dan Raksaksa panggilan mengikut daerah.
Ia akan membesarkan dirinya hingga sampai keawan jika kita melihatnya
selain mempunyai mata tiga dan tanduk tiga juga. Hantu Ini cukup bencikan
kawan sebab kawan selalu mengnyendirnya dengan bahasa yang sangat pedih,
dan dia selalu kawan minta hadir dihadapan kawan tetapi dia sentiasa
mengelak. Sebenarnya Long Kasim mempunyai muslihat supaya kawan
mengambil sahabatnya itu sesudah dia tiada esok. Tetapi kawan sendiri
mempunyai banyak alasan dan sentiasa menolak pemberiannya itu sebab ia
bukan menyenangkan, sebaleknya menyusahkan. Disinilah Long Kasim tidak
dapat berbuat apa-apa walaupun cuba menunjuk kebolehan Jin itu dihadapan
kawan. Kawan sendiri lebih faham bahasa Jinnya itu dari Long Kasim sendiri.
Ia sangat licik dan pandai menipu.
Begitulah cerita Long Kasim dengan Sahabatnya yang menyusahkan Long
Kasim untuk mencari pewaris kepada sahabatnya itu jika ia mahu
meninggal esok sebab dia sendiri tidak mempunyai anak dari darah dagingnya
sendiri. Inilah salah satu masaalah jika bersahabat dengan Jin yang memuntut
diwariskan kepada ahli keluarganya. Inila yang dinamakan Saka.
12) MANUSIA IBLIS.
Manusia Iblis yaitu asalnya merupakan seorang manusia biasa yang suka
menuntut ilmu kebatinan, peringkat demi peringkat sehingga ia akhirnya
bersatu dengan Iblis dan menyerupai Iblis 100%. Asal mulanya amat berminat
memiliki ilmu sakti dan samggup melakukan apa saja yang diperintahkan
kepadanya asalkan matlamat memiliki ilmu itu tercapai. Ia juga dididik oleh
Bentara Guru Perguruan Kebatinan yang banyak tumbuh di merata tempat di
Indonesia. Malahan dia sanggup membunuh guru-gurunya untuk menjadi
yang terakhir memiliki ilmu-ilmu tersebut. Dari satu Bentara Guru kepada
Bentara Guru yang lain sehingga tiada lagi Guru yang mahu menerimanya
menjadi akan murid. Siapa yang mahu untuk menjadi gurunya sebab semua
bekas gurunya akan dibunuh sesudah ia tamat berguru. Begitulah arahan yang
diterimanya dari Iblis jika ia mahu menjadi yang terunggul diantara
semuanya. jika ia telah sanggup berbuat semua pekara yang disuruh oleh
Iblis akhirnya dia hanya berguru dengan Iblis itu sendiri sahaja, Orang yang
kawan maksudkan ini yaitu ;
SABDO PALON
Ia yaitu merupakan manusia sakti yang menjadi penasihat diraja dan juga
merupakan Pornakawan kepada semua Raja Majapahit dari yang pertama
hinggalah yang terakhir. Raja Majapahit yang terakhir yaitu Prabu
Brawijaya yang ditabal dan naik memerintah sekitar tahun 1470 selepas
Ayahdanya Mangkat. jika agama Islam berkembang yang dibawa masuk
sekitar tahun 1472 oleh Walisongo, maka ia dianggap satu ancaman kepada
kerajaan Majapahit. Tetapi Prabu itu tidak pula mengarahkan supaya ia
dibentras dari awalnya sebab mengatahui akan kelemahan balantentera
semakin nyata. Maka Walisongo telah mengaturkan stratigi untuk memasuki
Istana bagi berdakwah kepada Prabu sendiri agar menerima Islam sebagai
agamanya. Prabu sendiri ingin mengatahui kenapa rakyatnya berbondon-
bondon memasuki agama ini, maka itulah sebabnya ia membenarkan
Walisongo mengadap dan memberi penerangan kepadanya. Prabu sebenarnya
telah tidak menghiraukan akan nasihat Sabdo Palon supaya tidak menerima
mereka mengadap. Inilah salah satu sebab kenapa Sabdo Palon menyimpan
dendam terhadap Prabu itu sendiri. Maka pada sekitar tahun 1478 jika
Sabdo Palon sebagai Pornakawan, Penasihat, Pemelihara, Penjaga, pelindung
dan sebagai Pelayan Raja yang seperti abdi yang setia diminta oleh Prabu
Brawijaya untuk memelok dan menerima Islam, maka Sabdo Palon sungguh
marah dan menolak permintaan Prabu dengan amaran yang amat keras. Selain
akan keluar dari Istana dan mengumpul semua balatentera yang setia
kepadanya kemudian akan menyerang balas Istana Prabu bersama Walisongo
sekali, beliau juga telah melontarkan sumpahannya yang antara lainnya
disebutkan begini ;
" Sabdo Palon matur sungal, yen kawula maboten arsi angrakus agama Islam,
wit kulo puniki yeti, rantuning dan yang Jawi, gomong marang anak putu,
sagunging priprayangan, kang dumunung tanah Jawi, wus pinesti sayeki
pisahan... Kawalan paduka Nata, wangsul maring kajiman mami, mung kulo
matu pitungkas, mabenjing ing sapungkur mani, yan mus prapta kang waci,
jangkap gangsal arus tahun, awit dinten punika, kulo gentos ing agami, agami
budi kulo sebar nan tanah Jawi... Sintan tan puron ngang giyo, yakti kulo risak
sami, sunayakan bala kulo, bekasakan ropi ropi, dereng lega kang ati, yen
dereng lebo tempor, kulo damel petanda, pratane tembayan mami, hardi Merapi
wes ajebiub mili lahar... Ngibol ngilen purugira, nganda banger iekang
warih, ingeh punika wekdal kulo, wiwit ngebar agama budi luhor, netapi janji
mami, angree kodrat satuhu krasaning Djwata, sedaya gilir gumati, maboten
kenjing alamu hingga wahana."
Terjemahan :
" Sabdo Palon membantah keras, Hamba tidak akan masuk agama Islam,
Sebab hamba ini sebenarnya yaitu Raja dari Diyang (dewa penunggu) tanah
Jawa, yang ditugaskan dan di pertanggung jawabkan mengajar anak cucu dan
segala Jin priprayangan yang berada ditanah Jawa, sudah ditakdirkan hamba
akan berpisah... dengan Paduka Raja, kembali ke Kerajaan Hamba, jika
sudah tiba masa genap 500 tahun, sejak dari saat ini agama Islam akan hamba
ganti dengan agama Kebatinan yang akan tersebar diseluruh tanah Jawa,
barang siapa yang tidak mahu menerima agama Kebatinan akan ku
hancurkan, aku perintahkan pengikut dan balatentera ku dari segenap lapisan
warga , aku belum merasa puas hati kalau belum hancurlebur, aku beri
petanda jika gunung berapi telah meletup dan memuntahkan lahar ke Barat
Daya mengalirnya, yang berbau hanyir airnya itulah saatnya, aku penyebar
agama Kebatinan akan menetapkan janjiku sesuai dengan kehendak Dewata,
segalanya bergerak selih berganti, oleh itu jangan diam lengah sebelum
tercapai tujuan ".
Maka dia pun keluar dari Istana dan mengumpulkan balatenteranya dan
menyerang Prabu dan Walisongo. Berlakulah peperangan Majapahit yang
terakhir. Prabu yang lari dari Istana telah berjaya mereka bunuh. Maka
mereka menyerang pula tentera Walisongo yang ternyata sangat kuat, akhirnya
mereka semua kalah. Yang tinggal hanyalah Sabdo Palon (SP) seorang
menghadapi Walisongo 9 orang. sesudah beberapa lama mereka bertarung
ditanah, diatas laut, diatas pokok, diudara, diatas awan, walisongo
semamangnya telah mengatahui SP yang sangat sakti tidak akan mati dengan
apa juga senjata. Walisongo hanya ingin menangkap dan memenjaranya saja,
tetapi tidak berjaya. SP akhirnya berundur dengan berjalan diatas air laut
Selatan dan menghilang. Disitulah Kerajaan yang dimaksudkannya. Disini SP
telah mengumpulkan balatenteranya dengan mengambil roh-roh manusia yang
setia dengannya, Penganut Ilmu Kebatinan dan orang-orang yang mengambil
Jin untuk menjadi sahabat mereka dialam sebelah Timur ini. Sehingga
sekarang ini masih ada pesentren Perguruan Sabdo Palon yang telah diambil
dan dijaga pula oleh anak-anak buahnya hingga kehari ini. Manakala pada
tahun 1479 berdirilah kerajaan Islam Pertama di Pulau Jawa iaitu Kerajaan
Demak yang diketuai oleh sahabat dan juga anak angkat kepada Sunan Ampil
iaitu Raden Patah dengan gelaran Syeikh Maulana al Fatah yang
berketurunan Raja Majapahit juga.
Sabdo Palon (SP) ini merupakan anak didik Izazil (Iblis agung), buktinya ialah
dengan kesaktian yang dimilikinya mirip yang dikurniakan Allah swt kepada
waliallah (sama taranya) Yang mustahil manusia biasa boleh menyampai.
Keduanya dia telah menyampai kepada taraf sama dengan Iblis Izazil yang
tidak akan mati sehingga hari kiamat dan dia telah diberi sebuah Kerajaan
disebelah Timur ini oleh Izazil untuk ditadbirnya. Keempat ia penyebar dakyah
agama ciptaannya sendiri iaitu Kebatinan yang boleh diubah suai mengikut
kehendak penganutnya. Ia yaitu agama ciptaan manusia yang benar-benar
mirip pula dengan agama Islam ciptaan Allah swt. Begitu tinggi fitnah yang
diciptanya sama tarafnya dengan Dajjal yang memfitnah agama Nabi Musa as
dahulu. Menjadikan dia ialah Manusia Iblis kedua selepas Dajjal. Jika Dajjal
diletak disebelah barat maka SP di sebelah Timur. SP juga telah mendidik
seorang anak perampuannya untuk menjadi sepertinya. sesudah anaknya itu
benar-benar menyampai ketaraf yang diharapkan olehnya maka kerajaannya di
Lautan Selatan ini diserahkan kepada anak perampuannya itu, dia telah diberi
pula sebuah kerajaan didaratan iaitu dipuncak paling tinggi didunia iaitu
Gunung Everest. Dikedudukan itu SP berada ditengah-tengah diantara dua lagi
agama ciptaan Izazil iaitu Hindu diIndia dan Buddha diTibet. Disini dia telah
diangkat menjadi Maharaja Salju dan berkedudukan tertinggi sekali diantara
manusia paling jahat didunia. Jadi SP juga dikenali dengan banyak gelaran
antaranya ialah Sunan Polon, Dewa Agung Kebatinan, Maharaja Manusia
Iblis, Maharaja Salju, Dewa Tertinggi Manusia Iblis, Dewa Penjaga 3 agama
dll. Semua agama-agama sesat disebelah timur ini yaitu berasal darinya.
Anak perampuannya itu ialah Nyayi Lorogidul yang banyak meninggalkan
kesan membawa ilmu Kebatinan di Pulau Jawa. Ia juga telah berjaya
menyesatkan jutaan manusia mengikutinya sebab tertipu akan dakyahnya.
NYAYI LOROGIDUL
Merupakan anak tunggal perampuan kepada Sabdo Palon. Ia dipelihara
sendiri oleh SP dan Ibunya telah dibunuh untuk persembahan SP semasa
menuntut dahulu. Lorogidul sendiri telah menyerahkan dirinya kepada
Bapanya sebagai "Bersatu", yang dengan sendirinya menjadi "Isteri" kepada
Bapa Iblis itu. Itulah sebabnya Lorogidul tidak pernah kawin dengan sesiapa
selepas itu. Perbuatan "Sumbang Muhram" ini kemudian diajar pula kepada
manusia lain yang ingin menyampai sesuatu darjat Kebatinan. Jika kaum
wanita dengan Lebiannya maka kaum lelaki pula dengan Liwatnya. Inilah
sebabnya pekara ini telah tersebar luas di Jawa. Tampa segan silu lagi, acara
ini dijadikan pesta kaum Kebatinan sekarang ini. Inilah wadah dakyah terbaru
puak Kebatinan bagi menarik minat golongan muda mudi memasuki agama
Kebatinan dengan sajian sex bebas pula.
sesudah bapanya meninggalkan Pulau Jawa dan memasuki alam ghaib
diKerajaannya di Laut Selatan. Maka tempat SP diganti oleh Lorogidul pula
sekitar tahun 1480. Semasa itu dia telah pun menyampai tahap tertinggi Ilmu
Kebatinan. Jadi jika agama Kebatinan itu kalah dalam perang dengan
Kerajaan Demak pimpinan Walisongo. Maka agama Kebatinan telah diajar
secara senyap-senyap dikampung-kampung pendalaman. Mereka lari dari
wilayah Majapahit keceruk negeri untuk mengumpul semula orang-orangnya
dan mengambil penuntut baru. Nyayi Lorogidul menjadi popular pula jika
dipenghujung pemerintahan Kerajaan Demak yang semakin lemah dan
ditambah pula akan kemasukan Belanda di Pulau Jawa. Jadi pada waktu itulah
kebangkitan semula Ilmu Kebatinan semakin dekat dihati warga Jawa
sebab ingin mempertahankan negara dari kemasukan Belanda yang kejam.
Mereka mencari perlindungan dari penuntut-penuntut sakti yang diajar oleh
Nyayi Lorogidul yang disuruh untuk kesegenap penjuru Wilayah dan Negeri
bagi mengambil penuntut baru dan tawarkan keselamatan oleh mereka.
Itulah sebabnya Pesentren Perguruan mereka kebanyakannya diceruk-ceruk
kampung hingga kehari ini, tetapi sekarang dibuka dibandar-bandar sebab
keterbukaan warga Jawa dalam menerima apa saja agama mengikut
Hukum Pancasilanya selepas Merdeka dari tangan penjajah. Malahan agama
Kebatinan telah mendapat waktu siarannya sendiri dikaca TV bagi menyebar
dakyah nya dihalayak ramai yang juga dikenali dengan nama Kepercayaan
Kebatinan atau Aliran Kebatinan. Kalau di Malaysia, salah seorang penuntut
Aliran Kebatinan yang paling popular ialah Mona Efandy yang dihukum
gantung sebab membunuh seorang wakil Rakyat yang bergelar Dato dari
Pahang. Anda ingat lagi akan peristiwa itu ? Nah... disinilah beliau belajar,
diPesenteren Perguruan Kepercayaan Kebatinan Laut Selatan di Jokja. Ia anak
murid kepada Lorogidul atau nama-nama lainnya ialah Mak Lemper, atau
Ratu Laut Selatan, Maharani Dewa Manusia Iblis, Puteri Laut Selatan dan
banyak lagi nama yang diberi oleh anak muridnya. Kesaktiannya setara
gurunya juga iaitu Sabdo Palon yang juga bapanya. Maka tidak hairanlah
beliau juga telah dihalau keluar oleh keponakan Walisongo juga sesudah kalah
dalam pertandingan Ilmu Batin, atau Ilmu Dalam apa bila markasnya diserang
oleh penuntut perguruan Walisongo sebab mereka telah bertambah
mengancam kedudukan Umat Islam sekitar Kacamatan wilayah-wilayah Jawa
Tengah pada sekirtar tahun 1520. Ratu Manusia Iblis ini juga tidak boleh
dibunuh dan tidak akan mati sehingga hari kiamat. Yang boleh dibuat ialah
menghalaunya kembali ke Kerajaannya di Laut Selatan, iaitu lautan mengadap
ke Australi. Begitulah ceritanya Manusia Wanita Iblis yang telah bersatu 100%
dan menjadi Iblis seperti juga ayahnya Sabdo Palon.
SEIKH SITI JENAR
Seorang lagi pengikut Sabdo Palon secara senyap ialah Seikh Siti Jenar.
Ajarannya telah menyusup masuk kedalam warga semasa
keberlangsungan ajaran Walisongo telah begitu hebat dipelajari oleh
warga di Selurh Kepulauan Jawa. Agama Islam yang diajar oleh
Walisongo berkembang begitu pesat dan dikala itulah Seikh Situ Jenar
membuka juga pondok Pesentrennya yang mengajar "Tarikat" sesatnya.
Sebenarnya ia hanya mirip kepada ilmu Tarikat disebaliknya ia mengajar
agama kebatinan jika kita teliti akan ajarannya dan kitab-kitabnya. Beliau telah
memfitnah ajaran Walisongo, Tarikat Al Hallaj, Semua bentuk ajaran benar
Tarikat dan Flasafah Wahdatul Ujud sebenar dan memfitnah Rasullah saw
sendiri. Atas sebab hendak menyampai secara jalan singkat, maka ia memuntut
dengan Sabdo Palon sendiri secara senyap supaya warga tidak perasan
akan kecacatan didalam ajarannya. Beliau juga sakti yang menyerupai
koramah Walisongo. Maka warga telah menjadi keliru dan terperangkap
dengan dakyah songsangnya.
Sebenarnya beliau bukanlah anak jati Jawa, beliau berasal dari Iran dan nama
sebenarnya ialah Abdil Jalil. sesudah sekian lama tinggal diJawa maka ia amat
faseh berbahasa jawa malah telah juga berkahwin dengan wanita Jawa. Antara
ajarannya yang sungguh mengelirukan penuntut Tarikat ialah :
1) Berpegang dengan falasafah sesat menyerupai "Wahdahtul Wujud" yang
beranggapan iaitu "Menunggaling Kawlo Gusti, Yo Allah yo insun, yo insun yo
Allah" . Bahawa hamba itu tuhan, tuhan itu hamba. Maknanya manusia bila
telah menyampai makrifah itu bersatu dengan tuhan terus yang amat jauh dari
tafsiran sebenar Makrifatullah. Inilah yang dipegang oleh Ahmad Laksamana,
Ayah Pin, Rasul Kahar, Baginda Mokthar dll.
2) Jika telah menyampai makrifat, maka syariat sudah tidak perlu lagi dibuat.
Orang yang melakukan syariat ialah orang awam dan orang bodoh. Ia telah
terlepas dari hukum Syarak dari melakukan semua tuntutan syarak kep
ada dirinya. Maka kesannya, banyaklah orang-orang yang tidak mahu atau
malas berabadah menjadi pengikutnya. Malah mereka bebas minum arak tetapi
mengaku Islam. Ia mengisi ruang kosong yang ditunggu-tunggu oleh orang
yang tidak mahu solat, puasa, zakat dan naik haji yang terang-terang sesat dari
akidah islam sebenar.
3) Hidup dan mati yaitu sama saja, mati tu hidup, hidup tu mati. Jadi ia boleh
membawa kepada manusia menjadi hampa dan tidak percaya lagi khada dan
kadar Allah swt. Manusia tidak mahu lagi berusaha untuk menjalani hidup,
malas dan tidak berkeyakinan lagi mahu berkerja kuat. sedang ia yaitu
dituntut dalam Islam, berkerja untuk menyara hidup diri dan keluarga. Maka
mereka akan menjadi pengemis saja kononnya "zuhud" yang membuang hidup
didunia. Padahal jika mereka mati didalam keadaan ini, matinya dikira didalam
kesesatan yang nyata.
4) Syurga dan Neraka telah ada didalam diri anda sendiri, jadi anda tidak perlu
menunggu hidup selepas mati sebab ia sama saja. Fahaman seumpama ini
akan membawa kepada manusia hilang maruah dirinya dan akan sesat yang
jauh. Mereka boleh ikut suka hati mereka saja untuk berbuat samaada disukai
orang atau tidak, hak orang menjadi hak dirinya, Isteri orang juga isterinya,
harta benda orang juga menjadi hartanya. Ia bebas berbuat apa saja sebab
tiada lagi dosa dan pahala. Perbuatan jahat sama saja dengan perbuatan baik.
Dialah penentu syurga dan neraka itu. Perbuatan yang sedap, lazat, senang,
kaya dan gembira itu surga dan perbuatan yang susah, payah, di benci, miskin
dan yang buruk-buruk itu semua neraka. Jadi ambil surga saja, atau semuanya
surga saja jika ia menyenangkan hati. Tak ada duit rompak, samun. Tak ada
bini, rogol anak orang, bini orang. Ambil hak orang sesuka hati. Pergi ke kedai
ambil saja barang tak payah bayar. Ada duit berjudi dan main nombor ekor, ia
surga sebab kegemarannya dan hobinya. Perbuatan itu mamalukan diri
sendiri sebab tidak bertamadun, seperti orang zaman jahiliah yang tidak
mengenal hukum jenayah negara dn hukum Islam.
5)Allah dan Muhammad yaitu dua dalam satu tak boleh dipisahkan,
hambanya yang lain yang menyampai makrifah pun begitu. Muhammad yaitu
nur atau nur muhammad, sedang nur itu pula yaitu cahaya, oleh itu
hidup dan cahaya yaitu satu. Bermakna Nur muhammad itu ada dalam diri
kamu, jadi kamu juga rasullah. Ini benar-benar memfitnah Nabi Muhammad
saw dari menyamakannya dengan Allah swt, hingga kamu juga sama
macam Nabi. Naauzubilahiminzalik... Mahasuci Allah swt yang hendak
disamakan dengan mana-mana makhluk dan mahasuci Rasullah saw nak
disamakan dengan manusia biasa yang banyak dosa ini. Fikirlah kesannya.
Kalau dah manusia itu tuhan, semuanya halal baginya, tak ada dosa dan pahla,
kawin ikut suka guna "Nikah Batin" saja, dan sebagainya lagi. Tidak ke
manusia itu sudah menjadi Iblis. Inilah ajaran agama kebatinan Sabdo Palon
yang diadaptasi oleh Seikh Siti Jenar dalam pembelajaran di pondoknya.
Bahkan telah diikuti oleh ramai tok-tok guru palsu di Malaysia yang
diceritakan dengan megah dikedai-kedai kopi seluruh negara oleh anak-anak
muridnya pula.
6) Solat tak perlu wuduk, rukuk, sujud dan semua gerakkerjanya, hanya perlu
daim atau diam sahaja iaitu mendam dalam rasa saja atau semadi juga
dipanggil "sembah Roso". Inilah yang paling disukai oleh mereka yang malas
solat. Pakai diam saja, dah kata solat. Dalam tandas pun boleh solat malah
dimana saja boleh solat. Bersetubuh dengan isteri pun dikata solat, lepas tu tak
payah mandi junub hanya basuh saja. Betul-betul macam orang kafir. Dalam
islam tidak pernah diajar pekara begini. Malahan pengikutnya jika lalu di
Madrasah atau Mesjid hendak saja mereka bakar Mesjid dan Madrasah itu.
Mereka akan terpekek-pekek menyendir perbuatan Azan itu sambil
menyumpah-nyumpah mereka yang pergi solat berjemaah. Pernah disatu
kejadian mereka melimpar bom api diMesjid, menghalang orang Islam masuk
kedalam Mesjid untuk solat Jumaat hingga polis campur tangan dan banyak
lagi pekara yang sesat dan salah telah menular didalam warga diseberang
hingga kehari ini.
Begitulah sebahagian contoh-contoh ajaran Seikh Siti Jenar (SSJ) yang segar
hingga kehari ini walaupun dia telah tiada hampir 600 tahun. Jika kita buka
buku sejarah Walisongo, SSJ telah dihukum bunuh tatapi mayat dan
kuburannya telah dirahsiakan. Tetapi mengikut guru-guru pengajian mereka
bahawa SSJ tidak mati, malah ghaib seperti SP dan Nyanyi Lorogidul juga.
Dikatakan bahawa SSJ sekarang tinggal di dalam sebuah kerajaan yang
menempatkan semua ahli dan anak muridnya seperti sebuah syurga. Jadi
inilah yang menguatkan lagi cerita bahawa SSJ yaitu anak murid SP dan kini
mendiami salah satu Kerajaan ciptaan Izazil Iblis. Selayaknya ia juga tergolong
sebagai salah seorang dari Manusia Iblis juga.
Sesiapa yang telah tersasar dan telah mempelajari Kepercayaan Kebatinan atau
"Tarikat sesat" atau Aliran Kebatinan yang mirip ketiga-tiga mereka diatas ini
dinasihatkan agar segera kembali kepangkal jalan. Ditakuti anda mati didalam
keadaan yang berkedudukan kesesatan yang jauh ini. Malah anda akan
menjadi hamba abdi mereka sampai kiamat dan dihumban kedalam Neraka
Jahanam seperti yang telah dijanjikan untuk selama-lamanya. Berhati-hatilah
dengan dakyah mereka.
RAJA-RAJA JIN DIALAM ATAS YANG BERAGAMA ISLAM :
Terdapat 7 kerajaan alam atas yang diperintah setiap satunya dengan seorang
Raja. Raja-raja tersebut yaitu seperti berikut :
1) Jibriyaail
2) Mikiyaail
3) Samsamaail
4) Ruqiyaail
5) Kasfiyail
6) Sarfiyaail
7) Ainyaail
RAJA-RAJA JIN DIALAM BAWAH YANG KAFIR :
Terdapat juga 7 kerajaan alam bawah yang diperintah setiap satunya dengan
seorang Raja. Raja-raja tersebut yaitu seperti berikut :
1) Akhmar
2) Burkhan
3) Syamhurisah
4) Mazhab
5) Marrah
6) Maimon
7) Zubaiah
RAJA-RAJA KERAJAAN JIN IFRAIT :
Terdapat 4 kerjaan yang besar golongan Jin Ifrait diseluruh alam ini. Mereka-
mereka ini pernah berkerja dibawah pemerintahan Nabi Allah Sulaiman as
sebagai Menteri dalam kerajaan itu. Mereka ini yaitu Jin Ifrait yang paling
jahat sekali diantara semua Jin dari bangsa Ifrait. Mereka itu ialah :
1) Munaliq
2) Hadlabaajan
3) Shughal
4) Thamrit
RAJA-RAJA DARI ANAK-ANAK IBLIS :
Terdapat 5 buah kerajaan besar yang di perintah oleh anak-anak Iblis berdan
dengan tugas-tugas mereka dalam kerajaan itu. Mereka ialah :
1) Dassim - Tugasnya ialah untuk merasuk manusia supaya bercerai-berai
antara suami isteri, adek beradik, sahabat handai, jiran tetangga. Memutuskan
siratulrahim, kekeluargaan, jemaah dan seumpama dengannya.
2) Mabsuut - Tugasnya ialah untuk merasuk dan mengasut manusia supaya
memfitnah, mengadu domba, dengki khianat, berlaku summah dan seumpama
dengannya.
3) Thubar - Tugasnya ialah untuk merasuk manusia yang ditimpa masaalah,
musibah dan bala bincana supaya berputus asa akan rahmat Allah swt. Mereka
menyumpah-yumpah dan memaki hamun marah kepada Allah swt sebab
ditimpakan musibah itu.
4) Zalanbur - Tugasnya ialah untuk merasuk dan mengasut manusia supaya
bergaduh, bertengkar, bermusuhan, bertumbuk dan membunuh. Orang yang
dirasuk ini selalu mendapat gelaran atau nama panggilan sebab terkenal akan
sifat panas barannya contohnya Man Rimau, Dol minyak, Mat Kepala Angin
dll.
5) Al- Anwar - Ditugaskan untuk merasuk dan menghasut manusia supaya
berbuat perbuatan keji yang akan meruntuhkan nama baiknya sendiri seperti
berjudi, nombor ekor, gejala sosial, minum arak, sumbang mahram, onani,
berzina, lebsian, sex bebas, Homosexsual, Liwat. Mereka pada mulanya hanya
mencuba dan berjinak-jinak akan pekara-pekara diatas, tetapi mereka tidak
tahu sekali saja mencuba ia akan membawa kepada ketagihan yang
kemudiannya menjadi hobi, seterusnya menjadi kegemaran dan akhirnya
ketagihan yang tidak dapat lagi keluar akan masaalah itu. Contoh yang paling
keji sekali ialah Homosexsual dan Liwat, mereka yang telah mencuba sekali
akan terus kekal sampai mati, amat sukar sekali ingin membuang tabiat itu
walau dicuba beberapa kali, ia tetap sama. Terus dengan kerja keji dan maksiat
besar ini dan mendapat kutukan Allah swt seperti kaum Nabi Luth.
KETUA DAN RAJA AGUNG SELURUH KERAJAAN IBLIS DAN JIN
IALAH :
IZAZIL LAKNATUALLAH
MANAKALA MAHARAJA TERTINGGI KESEMUA KERAJAAN-
KERAJAAN JIN IALAH:
THOTHAMGHIYAM YAAL
MANAKALA MALIAKAT YANG MENJAGA DAN MEMANTAU AKAN
KESEMUA KERAJAAN DAN SELURUH GOLONGAN JIN DARI YANG
KECIL SAMPAI SEBESAR-BESARNYA IALAH :
MALAIKAT MAITHOTORUN atau KUTUBUL
JALALAH
Dengan ini maka lengkaplah keseluruhan Kerajaan Jin atau disebut juga
dengan nama yang paling popular dipanggil Alam Iblis. Telah diceritakan dari
mula sampai akhir yang dirasakan tiada satu pun yang tertinggal lagi.
Sekarang anda semua telah mengatahui dengan lengkap akan Alam Iblis yang
menjadi musuh kamu yang paling nyata walaupun telah dijadikan ia tidak
dapat dilihat dengan mata kasar kita. Tetapi ketajaman naluri dan pandangan
basrah mampu melihat segala kegiatan jahat mereka yang sentiasa mahu
menghancurkan setiap jiwa dari umat Islam. Maka carilah jalan keluar
dan jangan lagi seronok bersama mereka itu walaupun apa alasan yang diberi,
mereka ini akan tetap memusuhi kamu luar dan dalam. Berpegang teguh
dengan Iman yang telah dilengkapi oleh Allah swt pada setiap individu, tiada
alasan yang kamu boleh beri esok hari dihisab seluruh jenis amalan kamu
semasa didunia, dihadapan Allah Rabuljalil di Yaumil Mahsyar. Tiada siapa
lagi yang akan dapat menolong kamu disitu. Ingatlah janji ini benar.
CARA-CARA MENHINDARI DAN KELEMAHAN JIN.
dari keseluruhan cerita yang telah dipaparkan dari mukasurat 1
hinggalah mukasurat 4 ini maka bolehlah dibuat satu rumusan bagaimanakah
kita hendak menghindarkan gangguan Jin dn kuncu-kuncunya itu. Inilah yang
paling penting dalam semua ilmu terawal yang perlu ada kepada semua
"Murid" yang inginkan menempuh perjalanan menuju kepada Allah dalam
apa juga jalan atau Tariqat yang benar bukan yang palsu. jika kamu telah
sampai kepada Hakikat didalam Hakikat, mohon dengan izin Allah agar kamu
diperlihatkan alam yang kawan katakan ini. Disitu kamu akan nampak sendiri
akan semua dari apa yang telah kawan paparkan ini yaitu benar belaka.
Kelemahan utama golongan Jin ini ialah jika kamu melakukan ibadah tak
kira wajib atau pun sunat kamu masuk didalam wilayah Ikhlas dan Redha.
Didalam wilayah ini kamu tidak dapat lagi diganggu oleh mereka dari apa juga
golongan termasuk Qarin anda sendiri. Baharulah kamu akan merasa selesa,
tenang, khusuk dan rela didalam ibadah itu terutama solat. Masaalahnya
bagaimana kamu hendak masuk kedalam wilayah itu ? Ia yaitu dengan
latihan yang beterusan. Tampa latihan kamu tidak mampu untuk masuk.
Masaalah selepas latihan ialah gangguan Saka, jadi saka hendaklah dibuang.
Jika tidak memang payah untuk masuk didalam Wilayah Ikhlas dan Redha itu
dengan adanya saka yang bergayut ditubuh anda. Itulah sebabnya kena ada
Guru, Guru yang ada jalan, jalan yang namanya Tariqat, Tariqat yang
berwisilah dan beribtah menyampai kepada Rasiallah saw. Rasullah saw yaitu
penjamin seluruh umat Islam. Tampa Nabi tiyaitu alam ini.
Dengan berdamping dengan guru kamu sentiasa akan dijaga rohani dan
jasmani. Sentiasa dikawal pergerakan anda walau dimana kamu berada. Jika
kita tidak kuat, ikut lah orang yang lebih kuat. Maka kamu juga tidak akan
diganggu oleh puak-puak jahat itu. sebab mereka kalah dengan orang kuat
didepan kita itu. Maka terselamatlah anda. Jika kamu berjalan juga seorang
diri pastinya kamu akan diganggu, maka cara yang paling mudah ialah duduk
dengan mereka yang kuat-kuat itu. Ini yaitu gambaran yang paling mudah
untuk kawan gambarkan akan setiap perjalanan menuju Allah. Jalan yang lain
amat tidak selamat, sebab mereka itu pakar serangan hendap dan pakar
mencolek hingga kamu tidak sedar kamu telah dicolek. Diharap anda semua
faham kenapa perlunya anda ada guru yang berwisilah dan beribitah.
Maka dengan ini kawan akhiri rencana ____________________ musuk kamu yang
paling nyata ini. Rasanya telah tertunai semua janji yang telah kawan buat bagi
menjelaskan kesemua bentuk makhluk halus ini. Diharap tuan-tuan dan puan-
puan semua berpuashati dengannya dan dengan ilmu yang sedikit ini mudah-
mudahan kamu akan berjaya menempuh perjalan kamu yang maseh jauh dan
dapat mengenal serba sedikit akan musuh kamu yang paling nyata ini. Segala
kesilapan dan tuturkata yang tidak disenangi haraplah dimaafkan sebab
kawan hanya manusia biasa yang tidak berilmu. Sebagai penutup :
Bersyukur kita kehadrat Allah swt sebab dengan limpah kurnianya dapat
disudahkan rancana yang kecil ini. Selawat dan salam kepadaa Junjungan
besar kita Nabi Muhammad saw, keluarganya dan sahabat-sahabatnya, dan
salam kepada Sultan Wali Syaidi Syekh Muhiddin Abdul Khadir Jailani,
keluarganya dan kerabat waliallah yang bersamanya, juga kepada Kanjeng
Sunan Walisongo dan keluarga, kepada guru ku Syekh Ahmad Junaiddy al
Arifbillah dan seluruh guru-guru ku yang berwasilah dan berabitah hingga
ketangan Rasullah saw..... al Fatihah.
Waalahuaa'alam...

